Saya terpanggil untuk menambah kenyataan blog "Kunak Press" bertarikh 9 Februari,2011 yang bertajuk "Ada cubaan pelobi luar uji nasib di Kunak". Sebagai anak jati Kunak, saya merasakan semua luahan dan kegusaran "Kunak Press" perlu diambil kira secara serious memandangkan sifat tamak golongan-golongan pelobi berkenaan tiada motif lain, adalah cuba berniat jahat dan membunuh masa depan golongan anak "watan Kunak" yang semakin hari ada kemahuan dan kesanggupan untuk memimpin daerah sendiri sekalipun dalam kontek arena politik.
Kepada anak-anak watan Kunak yang hidup mati mereka di curahkan didaerah ini marilah bangkit memerangi pelobi-pelobi yang bernafsu besar untuk minta ditabalkan sebagai YB di daerah ini. Bukan saja orang luar yang datang dari luar Daerah kita hancurkan niat mereka tetapi orang Kunak yang sudah berhijrah keluar daerah sejak sekian lama tetapi tiba-tiba muncul bernafsu hendak melobi calon dalam PRU13 juga kita tolak.Jangan ingat dengan ijazah serta kekayaan yang ada pada mereka begitu mudah mengambil hak penghuni-penghuni setia daerah ini,yang selama ini sama-sama berhujan dikala musim tengkujuh dan berpanas dikala musim kemarau semata-mata mempertahankan dan membangunkan daerah setaraf dengan daerah lain Negeri Di bawah Bayu ini.
Bagaimana mungkin "Orang Luar Kami Terima" sebagai pemimpin kami dibumi bertuah ini.Janganlah mengambil kesempatan dari kedudukan sebagai orang kaya, berpelajaran berkedudukan tinggi dan ada yang bergelar Pengarah dalam sesuatu Jabatan dapat dengan semudahnya menghambil hak kami. Orang Kunak ini manusia juga, yang pasti ada kemahuan seperti anda.Tidak semudah itu "Membiar hak mereka dijinakkan dan perasaan mereka diperbudakkan ".
Ingat,tuan-tuan pelobi! checklah Pejabat Sumber Manusia Daerah Kunak, setiap tahun antara 100-200 orang lepasan Ijazah yang terdiri dari anak watan Kunak mendaftar di jabatan tersebut mencari pekerjaan. Ini memberi INGATAN/MENGGAMBARKAN dengan jelas kepada pelobi-pelobi anak watan Kunak sendiri sudah ramai yang hebat berkelulusan tinggi. Kami tidak perlu pelobi-pelobi cuba mengambil kesempatan seperti " Menangguk air yang keruh".
"Kami mahu orang yang memimpin kami anak kelahiran Daerah Kunak",kerana sehingga hari ini mereka setia tidak berganjak walau seincipun menjadi penghuni setia didaerah ini.Mereka terdiri dari berbilang kaum hidup harmoni dan saling memahami. Orang-orang bijak kami ada kemahuan menjadi pemimpin daerah mereka sendiri.DALAM AGENDA KAMI TETAP BERSATU . "Bersatu teguh bercerai runtuh" dan "Biar putih tulang jangan putih mata" dalam satu Misi satu Identiti satu Kunak satu MALAYSIA.
MESEJ ORANG KUNAK " KUNAK UNTUK ORANG KUNAK" .Kalau ada niat melobi calon jangan di Kunak dan lebih baik melobilah di DUN atau daerah sendiri,biarlah bangkrap politik asalkan di daerah sendiri.Lebih elok jasa dan perjuangan yang hebat itu disumbangkan ditempat sendiri supaya lebih bermanafaat kepada anak watan daerah kamu sendiri.
Anak watan Kunak berpotensi dalam kepimpinan daerah ini seperti berikut :
1.YB.Datuk Nilwan Bin Kabang
2. En.Abdul Rahim Bin Wahab
3. En.Sharif Samsudin Bin Sharif Sagap
4. En.Jalilul Hajirol
5. En.Ismail Bin Rugasan
6. En.Jahari Bin Lorong
7. Puan Norsima Binti Simon
8. En.Halid Bin Harun
9. Amatidin Bin Rasindin
10. En.Industan Bin Lumantang
11. Hj.Husin Bin Ibnuhasan
DAN, ada puluhan berusia 40-50 tahun keatas tidak saya sebutkan nama mereka diruangan ini sangat berpotensi sebagai pemimpin daerah ini.Dan,seperti saya katakan di atas ada ratusan proffesional jua telah lahir didaerah ini dan mereka ini adalah produk kami sebagai pelapis kepimpinan di masa akan datang........Wassalam! NAKHODA KUNAK.
Monday, February 14, 2011
Friday, February 11, 2011
Mesej orang Kunak
“Bismillah” pembuka bicara
buat daerah kecintaanku
yang permai lagi makmur
Dibumi kunak ini aku dilahirkan
daerah perladangan, pertanian
dan perikanan
…..di perut rimbamu
Tasik impian,air terjun,telaga lumpur & sungaimu
Tumbuh subur sejuta herba
Mengkudu,Langkuas,halia,sibukau,petauwali,misai kucing dan tongkatali
Juga pelbagai specis serangga, haiwan, kancil dan rusa
Berjuta-juta masih dalam khazanah bumi belentaramu
Di dada ladangmu
Coco dan sawit
Produk komesilmu
Pisang,mangga ,durian,kelapa,ubi
Limau madu dan pelbagai sayuran tanaman kontang
Lembu,kambing serta ayam itik
Hidup subur, itu milik petanimu………..
Diguamu
madai dan sagarung
sarang walait , madu lebahmu
Gah! Pusaka dan warisan peninggalan moyang………
Aku bangga menjadi penghuni bumiMu
Kerana disitulah …….hakikatnyanya
……dilaut pulaumu panaroma indah
terhampar istana pusaka riadah sejuta hidupan fauna
dipalu canang senyum menjanjikan ribuan pelancung.
Sayang,belum diteroka.
Bilismu yang enak
Gamat yang penuh khasiat
Agar-agar spriluna yang sedap
Menjadi nilai ispirasi dunia medikmu
Gah! Di mata rakyat
Kelas pertama di mata dunia
Kerang dan cengkerang dalam hidupan samuderamu
Semua ini milik nelayanmu
Kunak
Darat dan lautmu tenang
Menjanjikan seribu nikmat dalam kehidupan
Anak bangsamu
Lima dekad pasca kemerdekaan
Melampaui batas usia zamanmu
anak-anak terbiar dibelenggu kemiskinan masih kelaparan
teraba-raba dalam penjara kehidupan
angkara juragan dikalangan yang bukan tokohmu
“Biar putih tulang,jangan putih mata”
Sumpah pahlawan mengamit didada
keris dibenakku umpama senjata,bergema laungan keramat
diperut daerah bondamu!
telah lahir ratusan politikus, cendiakawan, professional,usahawan
Serta benteng laskar membela anak bangsamu!
Menjaga harga Bumi pertiwi
harga maruah warisan moyang dan penghunimu
jangan sentuh milik kami .
Alhamdulillah!
Wednesday, February 9, 2011
Desaku yang Permai
Lokasi Kg.Hampilan Kunak.
" kampungku yang permai "
disini.....
di zaman silam kanak-kanakku
aku berlari di pantaimu
bermain ombak halusmu
di tanganku
di tanganku
mengheret kolek comel bersama rakan dan taulan
.............telah lima dekad berlalu
berlabuhnya zaman dewasaku
wajahmu sedikit berubah
melangkah gagah lesu bersama
minda anak-anakmu
mengikut rentak pembangunan negara.
di pantaimu aku melihat
burung camarmu berebut pantas
mencari sesuap rezeki
KERANA
hari ini seperti kelmarin
angin selatan semakin bertiup kencang
kemiskinan mendakap kehidupan
anak-anakmu ada tidur dalam kegelapan.
pucat wajahnya bersantap kesyuduhan
menagih sejuta nilai kehidupanmu.
burung camarmu berebut pantas
mencari sesuap rezeki
KERANA
hari ini seperti kelmarin
angin selatan semakin bertiup kencang
kemiskinan mendakap kehidupan
anak-anakmu ada tidur dalam kegelapan.
pucat wajahnya bersantap kesyuduhan
menagih sejuta nilai kehidupanmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)