Lokasi Kg.Hampilan Kunak.
" kampungku yang permai "
disini.....
di zaman silam kanak-kanakku
aku berlari di pantaimu
bermain ombak halusmu
di tanganku
di tanganku
mengheret kolek comel bersama rakan dan taulan
.............telah lima dekad berlalu
berlabuhnya zaman dewasaku
wajahmu sedikit berubah
melangkah gagah lesu bersama
minda anak-anakmu
mengikut rentak pembangunan negara.
di pantaimu aku melihat
burung camarmu berebut pantas
mencari sesuap rezeki
KERANA
hari ini seperti kelmarin
angin selatan semakin bertiup kencang
kemiskinan mendakap kehidupan
anak-anakmu ada tidur dalam kegelapan.
pucat wajahnya bersantap kesyuduhan
menagih sejuta nilai kehidupanmu.
burung camarmu berebut pantas
mencari sesuap rezeki
KERANA
hari ini seperti kelmarin
angin selatan semakin bertiup kencang
kemiskinan mendakap kehidupan
anak-anakmu ada tidur dalam kegelapan.
pucat wajahnya bersantap kesyuduhan
menagih sejuta nilai kehidupanmu.
No comments:
Post a Comment