Wednesday, September 21, 2011

Sambungan cerpen PRU13 jangan pinggirkan orang tempatan

   Dalam kerancakan perbualan yang semakin panas ini tiba-tiba muncul beberapa orang "Mat Rempit" menunggang motosikal mereka dengan bunyi eajos motosikal yang memekak telinga masing-masing membawa pasangan awek (mina rempit) dengan di belakang dikibarkan Bendera Malaysia satu pendekatan patroitik Anak Malaysia yang bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Semangat kental patrotik anak-anak muda ini adalah baik dari satu sudut kerana pendekatan cintakan negara, tetapi dari  sudut yang lain adalah tidak sihat kerana menggunakan motosikal yang bising dengan eajosnya, juga berkepitan dengan awek yang sudah tentu salah dari sudut pandang islam agama suci kita kerana status sumbang makharamnya yang belum pasti.
   " budaya kuning sudah menular dikalangan anak muda kita.Siapa yang dipersalahkan? ibubapa atau dasar Pendidikan Negara hari ini tidak mampu menahan ledakan budaya yang merugikan?" sindir Udin yang seolah-olah menidakkan dasar Pendidikan Negara yang dia anggap gagal membentras gejala ini.
    " Budaya kuning dimana-mana pun ada, tidak terkecuali di negara Arab.Hak individu tidak dapat di kawal
oleh  perundangan kecuali kes  jenayah yang melanggar perundangan negara barulah pihak berkuasa boleh meletakkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang.Selagi belum menjadi kes mahkamah maka mereka bebas dari pelbagai hukuman dan jenayah.Sekecil-kecil perbuatan pun kalau sudah kes polis dan  makkamah sudah tentukan dan dijatuhkan sebagai kes jenayah mengikut peruntukan kes jenayah dalam akta perundangan negara.Moral atau pendidikan  yang digubal dalam akta Pendidikan Negara tiada hubung kait dengan hak individu......" sampuk Ali mempertahankan celaan sinis Udin.
  " Pemimpin pembangkang banyak memutarkan sejarah.Yang hero dijadikan komunis dan yang jahat dijadikan hero! Sudahlah itu kalau mereka memerintah bendera pula nak ditukarnya" serkah Ali dengan geram dan berang.
   ' Jangan persoalkan semua itu,kita mahu hanya Calon tempatan.Sekiranya pucuk pimpinan memilih Calon PRU13 mengwakili BN dikalangan bukan anak tempatan kita undi saja calon bebas.....tolak calon kerajaan atau pembangkang",kata Ramli bersahaja.
   " Kita sebagai ahli UMNO mesti akur siapa saja kita sokong sekiranya pucuk pimpinan sudah putuskan si anu jadi calon.Kita berjuang menentukan kemenangan BN bukan menentukan kemenangan anak tempatankah atau si anu. Jangan buang masa ayuh kita ke kebun buang baja...harga kelapa sawit mahal sekarang.Banyak bercakap buang masa! Soal siapa calon bukan urusan kita.Urusan kita memastikan DUN Batik tidak terlepas kepada Parti Pembangkang.HIDUP BN! Hidup Datuk Najib! Hidup Datuk Musa.....
   Suasana warung menjadi gamat dengan gelak ketawa..........Wassalam Nakhodakunak.

Tuesday, July 26, 2011

PRU13 jangan pinggirkan orang tempatan.........

                  PRU 13 semakin hari semakin dekat umpama perjalanan saat dan waktu yang yang dengan sendirinya terus berligat mengikut paksi dan putarannya.Seperti kebiasaanya, diwarung dan kedai kopi tempat berlepaknya mereka-mereka yang sentiasa meramal tarikh dan waktu pembubaran samada Dewan Rakyat atau sekali gus Dewan Undangan Negeri.Di Batik,Dewan Rakyat tidak berapa diambil perhatian oleh sebilangan pelobi-pelobi kerana mereka tidak meletakkan sasaran dan impian mereka untuk menjadi wakil rakyat.Pelobi-pelobi hanya mensasarkan nasib mereka menjadi Wakilk Rakyat DUN sahaja sebagai anak tempatan pilihan utama dalam menentukan calon PRU13 nanti.Itulah tekad mereka..........
         " Kita mengharapkan wakil rakyat yang ada sekarang dikekalkan,kerana kita mahu anak tempatan terus menjadi pilihan pucuk pemimpin atasan! " ujar Udin yang menjadi penyokong kuat YB penyandang dengan semangat petrotiknya.
        " Minggu ini YB telah masuk dari rumah kerumah rakyat/orang awam untuk melihat mana atap yang bocor,mana lantai yang reput semuanya direkod dan diberi kelulusan secara underspot,"tambah Udin lagi secara bersahaja untuk menjelaskan mengyakinkan lagi rakan yang lain disekelilingnya.
        " Kenapalah YB tidak buat beberapa tahun yang lalu perkara ini? Tidak juga saya katakan lembab tapi alpa......."sampuk Ali seolah menyindir.
        Ali sebenarnya sengaja memasang telinga untuk mendengar isu semasa dan selalu menentang kebaikan apa yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kerajaan terutama Wakil Rakyat.Baginya banyak penyelewengan telah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan YB apabila melaksanakan beberapa projek samada projek persendirian yang diberi oleh YB atau dilasanakan melalui kontraktor.Walaupun dulunya dia sebagai penyokong kuat kerajaan tetapi dari percakapannya ternyata Ali sudah berpaling tadah untuk menyokong Parti Pembangkang.
Sikap agerisifnya menentang dasar kerajaan ekoran daripada tidak senanghati dengan sikaf orang-orang kanan YB yang dia anggap sebagai tidak bertanggungjawab...... Dia selalu meluahkan perasaan untuk menentang sekeras-kerasnya sekiranya calon pilihanraya yang akan datang di pilih dikalangan orang luar.
        " Jangan pinggirkan pelobi orang tempatan....... tolak pelobi luar.Mereka buat kacau kita.Apa kurangnya pelobi-pelobi kita.Merekapun berkrisma.Kalau mereka diberi peluang jadi Wakil Rakyat Visi dan Misi daerah ini untuk membawa rakyat keluar dari garis kemisinan,walhal daerah ini akan berada landasan baik dari beberapa sudut untuk memberi peluang mementapkan tahap pendidika ,ekonomi dan sosial mengikut keperluan...." jelas Karim Pemaju Mukim yang dari tadi mendiamkan diri.
            (cerpen ini bersambung pada esok hari dan sila ikut perkembangannya)

Thursday, June 2, 2011

benarkah duit berkuasa.....

        Dalam apa cara sekalipun bahawa kehidupan manusia, bahkan semua mahluk ciptaan tuhan pada hari ini memerlukan  nilai harga bersesuai dengan keperluan persekitaran dari semua sudut punca kehidupan di alam maya ini.Kata seorang rakan saya "duit itu segalanya, kerana tanpa duit kehidupan individu akan terumbang ambing seperti  sebuah kolek hanyut ditengah-tengah lautan tanpa arah tujunya". Begitu besar kuasa duit bukan sahaja dapat membeli material dengan nilai yang mahal tetapi dapat meruntuhkan maruah dan akhlak seseorang.Dari dahulu hingga ke hari ini individu yang mempunyai banyak duit akan dianggap bos,tuan malah pelbagai gelaran yang mampu meletakkan seseorang individu itu dihormati,dipandang mulia dan berada dalam kelompok kedudukan tertinggi dalam masyarakat dan  persekitarannya.Dengan adanya duit,manusia boleh membeli apa yang dia suka.Kereta mewah,rumah mewah,pakaian mewah dan segala-galanya terletak kepada kemahuan individu itu sendiri.Malahan,kalau  ramai pengikut atau ramai musuh,sekuat dan segagah manapun pengikut musuhnya boleh dimaki hamun tanpa ada yang berani membantah kehendaknya.
      Ada beberapa individu berpendapat duit tidak boleh mengadai maruah seseorang .Benarkan pendapat demikian, ada individu dapat memepertahankan maruah tanpa duit dari individu tertentu?" KENAPA DIA BERJAYA? ". Apakah pertanyaan itu boleh diungkapkan setelah pengaruh duit itu telah membeli dan membungkus meruah yang selama ini dipertahankan.Benarkah duit itu dapat mengubah seorang agar tunduk dengan kuasa yang diberikan oleh yang empunya banyak duit?Kalau kita seorang pengikut setia individu yang lain yang menentang pengusaan pengaruh duit , bagaimana kita melaksanakan sesuatu pekerjaan yang  diharapkannya sedangankan pihak sasaran membuntuhkan benda ini?. Berapa kemampuan yang ada untuk membetulkan keadaan agar bersih tanpa menggunakan pengaruh duit, menidakan sesuatu pengaruh dalam satu persaingan sengit yang diwarnai "pesta duit" sedangkan tidak ada seorang pun individu yang berani menidakkan kuasa duit kerana  individu mencari peluang mendapat seberapa banyak duit dan menganggap sebagai rezeki. Adakah manusia dikala pesta duit sedang dihambur dalam sesuatu keadaan lantas mengurung diri lari daripada keadaan itu.Jawabannya,  mungkin ADA! Sebab individu berkenaan adalah pesaing untuk menghambur duit dalam  pesta itu dan tidak kepada ramai individu yang menanti rezeki hingga kelarut malam dan kadangkala pesta itu berlarutan sampai kesubuh hari, layaknya perangai mereka tidak ubah seperti pondan-pondan bergelandangan di Kg.Air KK mencari sang playboy yang menghambur duit mereka semata-mata mencari sesuatu perkhidmatan 2 + 1(dapat duit dan soronok) sehingga fajar menyinsing.Bagi mereka yang banyak duit masanya untuk menabur pengaruh menggunakan kuasa duit untuk menjadikan mereka sebagai orang paling berpengaruh dan disenangi  sebagai seorang PEMIMPIN POLITIK yang tidak lokek.Demi mengajar kuasa dan politik duit adalah sebagai pemangkin untuk memudah cara menguasai dan mempengaruhi sesuatu keadaan. Kata kawan saya,"hakikatnya,pada masa sekarang manusia tidak boleh dirunding dengan air liur saja,pasti mahu pengerasnya dong."
   Dalam politik masa kini seseorang yang bercita-cita inginkan kuasa politik dan sebagai pencabar kepada kuasa politik individu yang lain,tidak ada satu keadah yang terbaik untuk memikat penyokong kecuali dengan duit.Mereka yang menggunakan duit dan berpura-pura menjadi seorang pelaku dermawan yang baik biasanya akan menjadi popular dan dihormati.  Seorang kawan saya berpendapat  dengan kuasa duit beberapa individu tidak semestinya ada duit dapat mengaruhi  diri  boleh dibeli  dan mengadaikan meruah dan harga  diri .Janganlah kerana duit kita boleh diperbudakkan,dipermain-mainkan sehingga sanggup menjadi hamba dan akhirnya menjadi pak turut semua keistemewaan akan diragut didepan mata dengan begitu mudah dalam ertikata yang lain didayuskan.Kematangan  menjaga kepentingan hak itu  perlu disemai dan dibajai kerana hanya itulah yang mampu menahan pengaruh duit.Ingatlah,penjajahan dizaman yang serba canggih ini bukan saja berbentuk perang konvensional  menakluki sesuatu negara kaum dan masyarakatnya tetapi boleh dilakukan dengan cara perang duit yang mampu menguasai segalanya kecuali kekuasaan Allah s.w.t. Hakikatnya, hanya sebahagian individu yang memilik sifat-sifat murni ini dan yang selebihnya sudah ditakluki,dijajah oleh kuasa duit dan mereka akan terkurung terus menjadi hamba duit selama-lamanya.Kesimpulannya kuasa DUIT mampu menggubah sesuatu keadaan,samada politik,pendidikan,pembangunan,taraf hidup dan segalanya. Apa yang ada didunia hari ini kecuali  dengan kuasa ALLAH  s.w.t saja yang tidak dapat diatasi.Kata beberapa individu yang lain, siapapun pemimpin politik hari ini, kalau tidak menggunakan duit tidak mungkin memiliki kedudukan dalam politik hari ini.Persoalannya setelah ada kuasa ditangan kenapa mereka berkeras membenteras habisan-habisan kuasa politik menggunakan wang. Orang yang banyak duit tidak semestinya mempunyai kepimpinan yang baik untuk menerajui sesuatu kuasa politik kerana seorang PEMIMPIN politik yang baik itu terletak  dari bakat semulajadi yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t.   Duit dan pemimpin itu mempunyai jurang perbezaan sempadan yang sangat jauh seperti  bumi dan langit. Siapapun manusia, tidak ada yang tidak hendakkan duit tetapi di sebaliknya samada yang memberi duit carilah ditempat yang sesuai untuk memberi duit dan yang menerima pula janganlah terkejar-kejar untuk mendapatkan duit........
    Kata bijak pandai, "Apa yang kita miliki hari ini simpanlah ditempat yang sebaik-baiknya,kerana hari esok tidak menjanjikan seperti yang kita miliki hari ini.Allah akan terus memberkati bagi mereka yang memilikki sifat-sifat telus,jujur dan amanah".

Wednesday, May 18, 2011

.................debat politik diwarung kopi kunak!

     Pada suatu pagi yang cerah sedang mantari mengeluarkan cahaya yang mula hangat, angin selatan bertiup lembut dan segar.Kereta EXCORA aku pandu perlahan menuju kesebuah warung tempat selalu aku bersarapan pagi setiap hari.Di Kunak, pengusaha-pengusaha warung menyediakan masakan yang enak dan segar ala masakan tempatan.Ikan rebus ikan putih  kuah kunyit asam pedas,sayur tumis peria dan telur asin itu menu kegemaranku,bahkan setiap hari aku cari menu itu dan sekiranya tiada dalam sajian kerana pengusaha kekurangan bekalan maka terpaksalah mencari minuman samaada ali kopi,tongkatali,kumis kucing atau susu kambing dengan hidangan kuih-kuih tempatan yang masih hangat dan segar.......
  DOLLAH : Apa buktinya kamu orang Kunak?
  TALIB        : Saya adalah penggundi sah di Kunak.Saya juga ahli UMNO di Kunak!
  DOLLAH : Saya tahu itu semua, kamu adalah Penggundi malahan sudi menukarkan keahlian UMNO
                         di Kunak.Tapi hal penukaran undi dan penukaran ahli UMNO ke Kunak sudah tentu
                         ada tujuan?
   TALIB      : Saya Sabahan!Warganegara dan bebas dimanapun saya suka.Negara ini demokrasi!
                        Dimana-manapun kita boleh tinggal dan itu hak saya sebagai rakyat Malaysia yang
                        merdeka!
  DOLLAH : O.K, itu saya faham dan kamu ada hak.Sekarang saya tanya, sekiranya ada diantara keluarga
                       kamu MATI (meninggal dunia) atau kamu sendiri yang MATI, kamu mahu di kebumikan/di
                       kubur di Kunak?

   Cuaca yang tadi cerah dan ceria tiba-tiba redup dan hujan turun dengan lebat.Baju Talib sedikit basah
kerana tempias hujan yang diterbangkan oleh angin. Talib berteriak..........
     TALIB :   Dollah.....HUJAN.Angkat kain..... hari nak hujan........eh..eh....eeeeeeee angkat kain!
                     Kalau saya mati saya tak mahu di kubur di KUNAK!

guru oh guru

" Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
   Jika hari ini seorang raja menaiki taktha
   Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
   Jika hari ini seorang ulama yang mulia
   Jika hari ini seorang peguam bicara
   Jika hari ini seorang penulis terkemuka
   Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
   Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
   ....dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca "

       " SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA "


  "Catatan sebahagian rangkap sajak " guru oh guru "  - Usman Awang

Wednesday, April 13, 2011

Kekasih

                               Akan kupintal buih-buih
                               menjadi tali
                               mengikatmu

                               akan kuanyam gelombang-gelombang
                               menjadi hamparan
                               ranjang tidurmu

                               akan kutenun awan gemawan
                               menjadi selendang
                               menudungi rambutmu

                               akan kujahit bayu gunung
                               menjadi bayu
                               pakaian malammu

                               akan kupetik bintang timur
                               menjadi keronsang
                               menyinari dadamu

                               akan kujolok bulan gerhana
                               menjadi lampu
                               menyuluhi rindu

                               akan kurebahkan matari
                               menjadi laut malammu
                               menhirup sakar madumu

                               kekasih,hitunglah mimpi
                               yang membunuh realiti
                               dengan syurga ilusi.




                              1971      -   Usman Awang

Tuesday, April 12, 2011

Aku

Kalau sampai waktuku
'ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menebus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi.


1943   -  Chairil Anuar.

Monday, April 11, 2011

7 MACAM PAHALA DINIKMATI SELEPAS MATI

 Dari Anas r.a berkata  bahawa terdapat tujuh (7) macam pahala yang akan
 diterima oleh seseorang itu selepas mati.

Tujuh perkara tersebut ialah:-

1) Sesiapa yang mendirikan masjid,maka tetap pahalanya   selagi   masjid
    digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan
    terus-terusan sampai kepadanya selagai  ada  orang  yang menggunakan
    terusan tersebut.

3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-quran) atau kitab, dia  akan  mendapat
    pahala selagi ada orang yang membacanya.

4) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya
    baik dari manusia atau burung.

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang
    yang mempelajarinya.

7)  Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua
     orang tuanya  dan mereka  beristighafar untuk  kedua ibubapanya itu.  Iaini  anak
     yang selalu diajari ilmu al-Quran,   maka orang yang mengajarnya akan mendapat
     pahala selagi anak itu mengamalkan   ajaran-ajarannya  tanpa  mengurangi  pahala
     guru itu sendiri.

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda: " Apabila telah matinya anak
Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:
      1) Sedekah jariah.
      2) Ilmu yang berguna dan diamalkan.
      3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya."

Wednesday, March 30, 2011

BN berbudi di Kunak sukar dilepaskan......

      Omong-omong samada kosong atau benar PRU 13 sudah dihujung bibir. Persiapan parti politik
menghadapi pilihanraya ini hatta sekalipun dari parti yang memerintah (BN) atau parti pembangkang
telah membuat persiapan,mengenalpasti kawasan-kawasan hitam mereka untuk ditawan semula atau dipertahankan.Bukan itu saja kempen-kempen panas mula tersebar di media,surat khabar,siber dan sebagainya. Bagi DUN N.51 Kunak,cita-cita pembangkang untuk menawan kawasan ini sangatlah tinggi
 tetapi kalau ditinjau secara kasar harapan mereka sangat tipis untuk menang di kawasan kubu UMNO
 yang sangat kebal ini.
    Pelbagai Pembangunan dan sumbangan yang dibawah Barisan Nasional di DUN ini telah banyak menyumbang  kesetiaan pengundi seramai 9696 mengikut daftar pengundi 31 Disember 2009 telah semakin
utuh dan tiada peluang parti pembangkang menawan kawasan DUN ini. Dari faktor pendidikan dengan
penaikan taraf beberapa bangunan sekolah dari bangunan kayu ke bangunan konkrit.Penyediaan tenaga pengajar bertaraf duniatelah menyumbang keputusan peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM meningkat dari tahun ketahun.Sumbangan Kementerian Pelajaran melaksanakan program RMT dan KWAM dan pelbagai jenis bantuan kepada pelajar-pelajar telah menggurangkan beban ibu bapa yang juga sebagai penggundi di daerah ini.Bahkan jalanraya,bekalan eletrik dan Air berawat sudah menghampiri 100% semua masuk sekolah mendapat kemudahan ini.
    Dari segi ekonomi, peluang rakyat untuk menjadi usahawan, meningkatkan pendapatan isi rumah
telah diwujudkan dengan menberi peluang  pinjaman samada melalu bayar balik mingguan atau
ansuran bulanan.Agensi yang di lantik seperti MARA,TEKUN dan AMANAH IKTHAR telah dan
sedang membuka peluang kepada semua rakyat  disamping memberi pinjaman kewangan tetapi memberi kursus ilmu-ilmu perniagaan dari masa kesama kepada sasaran suri-suri rumah tangga agar dapat membantu keluarga menggerakkan ekonomi mereka.
    Agen-agen kerajaan seperti Pejabat Daerah,Jabatan Pertanian dan Haiwan,Jabatan Sumber Manusia dan beberapa Jabatan lagi telah melaksanakan tugas mereka memberi sumber-sumber mengikut bidangkuasa mereka membantu rakyat menyalurkan projek-projek dibawah kementerian masing-masing.  Begitu juga dalam bidang kesihatan,pengawalan penyakit seperti malaria danTB dan pelbagai penyakit
di daerah ini sentiasa mendapat perhatian yang utama dan terkawal.
    Dari segi keselamatan  Unit Pasukan Polis dan PJA telah  ditambah setaraf dengan daerah-daerah lain di
Negeri Sabah.Begitu juga Penglibat anggota BOMBA dan RELA turut memainkan peranan menjaga keselamatan disetiap pelusuk di daerah ini yang akhirnya mengurangkan kes jenayah.Dalam ertikata lain rakyat dapat tidor lena tanpa gangguan penjenayah.
   Rangkaian jalanraya yang baik menghubungi bandar-bandar besar di Negeri Sabah sangatlah baik.
Perkhidmatan udara kebandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur begitu mudah
dan cepat.Walhal kalau kita ke Kuala Lumpur hanya memakan masa lebih kurang 3 jam 50 minit
termasuk perjalanan kereta dari pekan Kunak ke Airpot Tawau.
   Peluang pekerjaan walaupun belum mencukupi tetapi telah banyak diwujudkan terutama sumbangan
ladang-ladang besar seperti Sime Darby Mostyn dan Sime Darby Giram,Ladang TSH , Ladang 101 dan beberapa Ladang yang berhampiran telah menyumbang menyediakan peluang pekerjaan di daerah ini.Bahkan dengan wujudnya beberapa kilang seperti Kilang TSH dan Kilang Kinabalu Sawit yang terletak berhampiran Pekan Kunak semuanyat elah membantu rakyat mendapatkan peluang pekerjaan.
    Pusat membeli belah seperti Melewa,KAKA Store dan Kedai Store Siong Ho telah memberi kemudahan kepada rakyat untuk berbelanja dengan harga yang standard  dan harga terkawal tanpa beralih membeli ke pekan-pekan yang berhampiran.Begitu juga dengan wujudnya pasar Tamu setiap hari Rabu dan Minggu telah menambah kemeriahan dan kerancakan budaya membeli didaerah ini.Hasil-hasil perikanan dan pertanian yang segar banyak dijual pada waktu tersebut.
    Taraf hidup rakyat yang makmur  telah meningkat sejak akhir-akhir ini menyebabkan mereka tidak merasakan kenaikan harga barangan.Mengapa mereka tak menyedari keadaan kenaikan harga barang di pasaran? Kerana,mereka mempunyai kehidupan yang baik, ada kuasa membeli setaraf dengan rakan-rakan mereka yang hidup mewah dikala ini,  Inilah,erti kemakmuran rakyat menikmati kemewahan yang di beri oleh kerajaan Barisan Nasional.Semua rakyat  memiliki apa saja yang meraka mahu mengikut kemampuan dari barang yang murah sehingga ke barang mewah yang patut dimiliki bersama mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
    Ada juga suara-suara sumbang,isu yang dilemparkan oleh pihak parti pembangkang seperti kenapa
kurang pembangunan.Persoalannya, Pembangunan bagaimana  yang pihak parti pembangkan maksudkan?.Kunak mahu didirikan beberapa Hotel bertaraf 5 Bintang?Kondomenium dan sebagainya?Atau Kunak mahu bangunan pencakar lagi stadium  sukan bertaraf olympik? Semuanya itu tidak mungkin terjadi dan cukuplah apa yang ada sekarang,kerana keperluan pendudukan kita pun setakat disitu sahaja yang termampu.Kerajaan hendak wujudkan semua benda-benda seperti itu kerana memerlukan pelaburan berbilion Ringgit  bukan kerajaan tidak mampu menyediakan wang pelaburan itu tetapi dari segi pulangan balik tidak termampu untuk kita sediakan, kerana pelancong yang datang ke Sabah pun  bukan destinasi mereka tidur dan menghinap di Kunak.
    Dengan adanya kerajaan menyalurkan projek berbentuk prasarana seperti rangkaian jalanraya yang bertar sehingga kekampung-kampung,bekalan eletrik , bekalan air,rumah PPRT dan PPR itu sudah berpatutan dan memadai..........PARTI BARISAN NASIONAL Menyediakan semua kemudahan buat kita semua.Terima
kasih BN,terima kasih YAB Perdana Malaysia , terima kasih YAB Ketua Menteri Sabah, dan Terima Kasih YB Datuk Nilwan Bin Kabang ( Pada YB lah sebagai pemangkin di daerah bertuah ini )
Wassalam- Nakhoda Kunak.

Pembatalan Loji tenaga arang batu di Sinakut Tungku, antara tahniah & kecewa?........

  Dengan pembatalan Loji tenaga arang batu di Sinakut Tungku yang diumumkan olem PM baru-baru ini (16 Februari 2011) mengikut pandangan saya agak sukar di terima lojiknya, YA atau TIDAK! Kenapa saya berpendapat demikian?
  "YA" kalau itu yang saya pilih  saya bersetuju kerana yang membatalkan itu ialah PM dan Ketua Menteri kerana keputusan mereka berdua perlu dihormati. Alasan beberapa individu yang berselindung sebagai pencinta alam mempengaruhi beberapa NGO menghentam kerajaan sehingga menimbulkan kontroversi memaksa kerajaan membatalkan Pembinaan Loji arang batu itu.
   Kalau "TIDAK" saya katakan, bererti saya ada pilihan lain dan berharap tidak mengundang kontrovesi atau sebaliknya.Saya tidak berniat menidakkan keputusan apa yang telah dibuat kerajaan cuma mahu memberi pendapat mengikut kaca mata saya sendiri.
    1.  Loji tenaga arang batu telah dibina di beberapa negeri di Semenanjung termasuk di Manjong Perak
         dan beberapa kawasan di Sarawak sejak beberapa tahun yang lalu dan sekarang sedang beroperasi
         sebagai sumber tenaga eletrik .Persoalannya adakah manusia dan semua hidupan ditempat-tempat
         tersebut alam sekitarnya sudah tercemar dan semua hidupan di kawasan tersebut  manusia dan
         hidupan sudah terancam? Sekirnya mencencam semua hidupan dan pencemaran alam sekitar
         mengapa tidak dihentikan sahaja  beberapa Loji tenaga arang batu tersebut?
     2. Beberapa buah negara maju seperti Amerika dan Jepun sejak sekian lama sudah menggunakan
         tenaga tersebut tetapi bukan  pencemaran tetapi kemajuan teknolojinya tinggi.Dalam kajian UNESCO
         tahap kesihatan mereka pun terlalu tinggi berbanding dengan negara yang terlalu banyak
         memikiran pemuliharaan alam sekitar. Negara-negara yang diinginkan oleh Barat supaya
         memelihara alam sekitar ini penduduknya mundur dan selalu ditakut-takutkan dengan perubahan
         hidup yang morden dan mewah. Sesuatu kaum yang hidupnya dalam keadaan pramitif itu
        dikekalkan habitat mereka agar memelihara keaslian sepanjang zaman. Sampai bila kita " Duduk
        sama rendah,berdiri sama tinggi" dengan mereka? Tidak apalah kalau monyet biar dengan habitnya
        tidak perlu perubahan kerana mereka tetap monyet tidak memiliki perasaan seperti manusia ada
        kemahuan dan perasaan, tapi "Orang utan" ada yang  lari dari habitatnya kerana sudah baju dan seluar
        itupun dengan bantuan bantuan dan ciptaan orang barat disamping  sarapan dan makanan mengikut
        meno. Kalau tidak percaya "Lihat Orang Utan di Sepilok".........
    3. Saya di fahamkan ada beberapa individu dulu berpengaruh dalam kerajaan dan ketika itu beliau
        beria-ia hendak mendirikan Loji tenaga arang batu di kawasan silam dalam zaman kegemilangan
        pemerintahannya. Selepas dia berada di luar kerajaan orang ini lah yang banyak menimbulkan
        masalah membuat bantahan disana sini dengan bertopengkan "Pejuang Pencinta Alam". Beliau
        banyak mempengaruhi beberapa NGO dan menimbulkan kontrovesi sehingga mampu mengagalkan
        projek arang batu ini. Sebenarnya, sekiranya projek Loji tenaga arang batu ini kalau diteruskan
        saya sudah tentulah membuka peluang pekerjaan di samping menjadi pekerja loji tenaga arang batu
        sudah tentu membuka penempatan dan bandar baru.Di bandar ini nanti mungkin wujudlah
        beberapa prasana keperluan sumber manusia seperti sekolah,balai polis,hospital dan sebagainya.
        Atau mungkinkah wujud satu Jabatan yang memiliki kakitangan pakar mengenai kajian kawalan
        pencemaran alam sekitar. Siapa yang menjadi pekerjanya ? Sudah tentu belia-belia yang
        menganggur.Nah,ini bererti semua peluang ini menyumbang kehidupan kepada beberapa individu.
        Kalau ada mata pencarian hidup sudah tentu menjanjikan sesuatu kehidupan yang harmoni.
        Orang yang terbela hidupnya sudah pasti melahirkan idea-idea yang waras dan sehat,tidak
        begelandangan kehidupannya. Orang-orang di kawasan  Tungku khususnya dan daerah-
       daerah berhampiran seperti Lahad Datu dan Kunak terlepas rezeki hakikat yang sebenarnya.Angkara
       komplen individu dan beberapa NGO yang bertopeng Pencinta Alam dan perancangan kerajaan yang
       baik akhirnya tersengkur.
4.    Perlu di ingat soal kematian itu berlaku dimana-mana. Manusia, hanya mampu mempertahan hayat
       nya atau bernafsu mahu hidup lama  antara umur 60-80 tahun.Setelah tua pikun manusia sendiri
       akan akur mahu cepat menemui kematian.Dan,sudah tentu pencemaran alam sudah tidak akan ada
       ertinya lagi dalam kamus hidup mereka.Sebagai seorang muslim kita mesti akur kehendak ketentuan
        illahi qada' qadarnya.
      

           "Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu akan tetap 
            nenemui  kamu,kemudian kamu akan di kembalikan kepada Allah yang 
            Mengetahui segala yang ghaib  dan segala yang nyata.Lalu Ia akan 
            memberitahu kamu apa  yang telah kamu kerjakan."
                                                                                      ( Al-Jummah 8)

Tuesday, March 29, 2011

KENAPA GAGAK TERDESAK PULANG KE RIMBA?

       PRU 13 seperti lagu  "Menghitung hari" Nyanyian Kris Dayanti akan berlaku dalam beberapa hari,bulan
atau selewat-lewatnya awal tahun 2012.Begitulah perkiraan beberapa ahli politik yang sentiasa menanti dan mengikut perkembangan dari masa kemasa. Dimana-mana juga sama ada di siber atau kedai-kedai kopi isu
hangat ini menghantui beberapa orang termasuk ahli-ahli politik yang berperasan mahu jadi YB. Orang-orang politik yang merasakan diri mereka berpeluang menjadi calon di DUN kelahiran mereka atau dari kawasan DUN lain tetapi ada cara untuk menawarkan diri sebagai calon YB dimana-mana DUN begitu pantas menukarkan keahlian UMNO mereka semata-mata nak mencari peluang menjadi YB...........
     Pelik,benar dan lucu.Kenapa saya katakan begitu? Kerana gagal mengawal nafsu kemanusiaan mereka demi memenuhi cita-cita mereka maka apa saja disekeliling mereka sudah tidak diendahkan pokoknya angan-angan tetap diteruskan dan mengguntungkan . Dulu,ketika meninggalkan Kunak kaki  mereka melangkah laju tanpa menoleh kebelakang "ntuk apa tinggal di Daerah yang mundur ini........keluarga hidup sengsara seperti kata peribahasa " kais petang makan petang,kais pagi makan pagi ". Maka,gagak-gagak itu terbanglah jauh meninggalkan daerah bertuah ini,tanah pusaka dijual semata-mata mencari kehidupan yang lebih baik.
     Mungkin 30 tahun berlalu bumi bertuah yang dianggap dulu mundur telah jauh berubah.Pembanguan demi pembangunan rancak dijalankan selaras dengan tuntutan pembangunan negara masa kini. Peluang pekerjaan  banyak diwujudkan selaras dengan title daerah penuh dan di wakili oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sendiri.Pendek kata, Kunak bukan seperti dulu, berdiri diatas daearah sendiri bahkan ada cadangan sedikit masa lagi akan wujud Dewan Rakyat (Parlimen)  Kunak sendiri.
    Itulah Daerah Kunak, sebuah daerah Pertanian yang kaya dengan hasil taninya,daerah perikanan yang kaya dengan hasil lautnya dan daerah  burung sang walit yang kaya dengan sarang burungnya.Bahkan pada waktu ini, daerah Kunak juga telah lahir ratus dan ribuan orang "ilmuan" yang mampu digarap sebagai pemimpin pelapis masa akan datang. Mereka ini  dilahirkan oleh 15 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah dan menengah Agama dan puluhan buah
pra sekolah diperingkat asas pendidikan manusia.Itulah kilang-kilang ilmuan kami yang mencipta barisan ahli bijak/sumber manusia yang sudah terlatih dengan memiliki kesabaran tanpa lari  walau timbul sebarang musibah dulu dan masakini.Dalam kotak minda kami lebih baik mengabdi sebagai penghuni yang cekal dan tabah mencurahkan taat setia dan berbakti dibumi tanah tumpah darah ini,dek kata "Biar putih tulang jangan putih mata". Bicara Anak-anak watan kami  "Jangan ganggu hak kami"
   "Sang Gagak" walaupun dulu sebagai anak kelahiran daerah ini,tapi kamu sekeluarga sudah jadi orang lain. Sepatutnya sebelum meninggalkan daerah ini,fikirkan lah semasak-masaknya,akibatnya "sesal dahulu
pendapatan,sesal kemudian sudah tak berguna".Walau setinggi manapun sekolah yang gagak capai semua itu tiada nilainya kepada kami, kerana kebolehan yang ada pada kamu hari ini tidak menggambarkan pencapaian anak-anak bumi bertuah ini......."Gagak terbanglah terbang  sepantas yang kamu suka,dan jangan menoleh kedaerah ini lagi,kami tidak mahukan khidmat kamu ."
    " Al-kisah beberapa ekor ular sawah yang sedang kelaparan sedang menyusur mengintai mangsa nak
menelannya. Sayang,ular-ular ini mahu menangkap mangsa ketika musim kering, kerana gelagat mereka
cepat terhidu.Kononnya,mereka tukar keahlian UMNO ke Kunak kerana mahu jadi YB. Nafsu Syaitan kamu.Kalau nak jadi ahli UMNO di Kunak ini biar kamu jadi pelarian politik. Jangan disebabkan politik kamu tidak laku disana  maka Kunak pula jadi sasaran nak cari peluang berpolitik. ULAR SAWAH,
kamu ingat orang Kunak ini Bodoh sangatkah??? Kamu,ingat mentang-mentang YB kami sakit terus menyerah begitu sahaja.Kami selalu berdoa agar kesihatan YB Datuk Nilwan ini akan cepat sembuh dan boleh menjalankan tugasnya sebagai YB di DUN ini seperti sediakala. Sekiranyapun dengan ketentuan Allah s.w.t beliau tidak berupaya,insyallah masih ramai lagi di kalangan anak-anak watan kami yang boleh terpilih sebagai wakilk rakyat kami,bukan kamu Sang Ular Sawah,bukan kamu Sang Gagak! Maaf ya,  Bye,bye!!!!good bye!
    Akhir kalam,ingatan kepada semua orang luar yang ada degree/ijazah M.A atau Ph.D dan harta "kalau mahu jadi pemimpin calon PRU 13 di Kunak jauhkan dari Calon UMNO cari peluang diparti lain dan   jangan kacau  kami .KUNAK ADALAH HAK KAMI!
Wassallam dari Nakhoda Kunak.

Sunday, March 27, 2011

Orang Luar Masuk Cawangan UMNO di Kunak Jangan Jadi Sotong Kurita dan Kayu Ara

     Seperti kita sedia maklum bahawa Piala Dunia 2010, Afrika Selatan telah menjadi tuan
rumah dengan jayanya. Ketika perlawanan bola sepak dunia itu dimulakan begitu banyak perlawanan
yang menarik dimana pasukan-pasukan samaada mewakili negara mereka atau tanggapan yang lebih besar mengwakili setiap Benua diseluruh dunia. Pasukan yang bertanding sudah tentulah hebat dari tiupan wisel
perlawanan pertama sehinggalah ketiupan wisel perlawanan akhir perlawanan pertandingan bola sepak  itu. Apa yang berlaku ketika perlawanan demi perlawanan sedang berjalan timbullah Sotong Kurita sebagai penentu pasukan yang menang bahkan hatta  perlawanan separuh akhir  perlawanan akhir  seolah-olah ditentukan oleh gelagat dan tilikan Sotong Kurita yang disimpan didalam akuarium kaca.Persepsi Sotong Kurita yang saya hendak katakan ini bukanlah ada kaitan dengan Bola sepak Piala Dunia tetapi " Orang luar dari daerah lain yang telah menjadi ahli UMNO di daerah lama telah memindakan keahlian UMNO ke DUN N.51 Kunak ".
Apakah motif disebalik perpindahan keahlian UMNO itu? Nak jadi pelarian politik pun tidak masuk akal
sebab daerah lama mereka  berada di Negeri Sabah dan juga amnya Negara Malaysia .
    " Nak jadi Sotong Kurita?" Kenapa Sotong Kurita saya istilahkan kepada mereka?.Sebab,lihat
sahaja belalai/tangan sotong kurita yang banyak itu apabila sudah membelit mangsa dan mangsa itu sukar melepaskan diri wahhal maut mengundang mereka.
     Begitu juga dengan Pokok kayu Ara  pada mulanya pokok tumpang tetapi selepas membelit pokok asal ia akan berdiri sendiri dan hilanglah nama pokok asal dan berdirilah nama "Pokok Kayu Ara".
     Spesis "sotong kurita" dan "pokok ara" boleh dijadikan maskod atau replika di Kunak memandangkan makhluk ciptaan Allah s.w.t ini memang banyak terdapat di Kunak.Sotong Kurita banyak terdapat di persisiran kampung-kampung berhampiran laut termasuk Kg.Pangi,Kg.Hampilan dan persisiran
pantai Kg.Buang Sayang dan Kunak Tiga.Kalau dizaman kanak-kanak saya  selalu menangkap sotong
ini dengan menangkap di waktu malam menggunakan lampu pelita atau diwaktu siang menggunakan penucuk besi yang di panggil "tilok" atau menubahnya saja menggunakan lada dan tembakau.Sedangkan "pokok ara" pula banyak tumbuh subur dihutan dara di daerah ini.
     Sekiranya orang luar  berniat nak berpolitik di DUN N.51 Kunak jangan ingat kami  boleh menerima
anda dengan begitu mudah sahaja.Cukuplah pengalaman dulu yang banyak mengajar kami menjadi matang
sekarang.KAMU, jangan cuba masuk ke DUN ini dengan tujuan nak melobi jadi YB. Hati dan perasaan
kami sekarang sudah terlalu tersinggung malah sudah luka dan bernanah dan kalau tidak dicegah akan pecah
menjadi bau busuk dan penyakit kepada BN dalam PRU13 nanti. Cuba elakkan dan jauhkan dari menawarkan diri menjadi Wakil Rakyat kami, dan jangan disebab nafsu syaitan anda itu yang menerima akibatnya ialah BN.
      Pengundi-pengundi seramai 9696 orang itu adalah milik anak watan ini yang bakal menjadi pemimpin kami. Apapun,pada hari esok kami tidak mengiktiraf sotong kurita dan pokok ara bangun  menjadi pemimpin kami.Jangan ingat anda sudah berpindah cawangan ke DUN Kunak boleh bermaharajalela dan senang memperbudakkan kami lagi. Dan,cukuplah kamu diberi kesempatan jadi Ahli UMNO di Kunak tapi jangan berniat nak menjadi wakil rakyat kami pula.Penerimaan kamu sebagai ahli UMNO bukan tiket nak jadi calon di PRU13 nanti! " KALAU DIBERI PELUANG, JANGAN TERLEBIH SUDAH".Kehadiran kamu ke Kunak tanpa dipinta,tidak memaklumkan kepada Pengurusan UMNO Bahagian, terutama  tanpa melalui pengetahuan Ketua UMNO Bahagian Silam. Kamu buat sahaja sesuka hati.
      Hari ini saya senaraikan nama-nama yang perlu sotong kurita dan kayu ara beri salam sebelum masuk ke rumah usang kami :
                 01. YB Datuk Nilwan Bin Kabang (YB.DUN Kunak,Bendahari UMNO Silam)
                 02. Sharif Shamsuddin Sharif Sagap (Mantan Pengetua dan Ketua Cawangan)
                 03. Abdul Rahim Wahab ( Ketua Cawangan )
                 04. Amatidin Rasindin
                 05.Jalilul Ajirol
                 06. Zahari Lorong
                 07. Simah Simon
                 08. Abdul Raja Masalah (Ketua Cawangan)
                 09. Marasali Bin Mordan (Ketua Cawanagn)
                 10. Hj.Hussin Ibnoh Hassan (Usawahan)
                 11. Ismail Rugasan
                 12. Idustan Lumantang
                 13. Gabra Imam safie
                 14. Herman Rahim (AJK Bahagian Silam)
                 15. Jams Bin Lakim
                 16. Halid Harun (Pegawai Kemajuan Rakyat) Dan,
                 17. Balnama Kauluh (Penyelaras UMNO Silam DUN N.51 Kunak,AJK Bahagian
                       Silam dan Ketua Cawangan Kg.Bangkuruan II).
        Dan, masih ramai  tidak tersenarai dalam catatan ini terdiri dikalangan anak-anak watan Kunak yang berpotensi bergelar Dr,Peguam dan golongan Profesional samaada yang berada dalam daerah atau bertugas di luar daerah.Ratusan golongan siswazah sedang menunggu peluang pekerjaan dalam bidang masing-masing bahkan ada yang memiliki M.A dan Ph.D. Dan, KAMU BERANI? Sekian Wassallam...Nakhoda Kunak.
    

Friday, March 25, 2011

Hati Yang Mati Apa Sebabnya?

        Ibrahim bin Adham pernah ditanya: "Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan?
Sedangkan Allah s.w.t telah menjanjikan bahawa orang yang berdoa akan diperkenankan-Nya?"

        Ibrahim bin Adham menjawab: "Sebab hati kamu telah mati."

        "Apa yang menyebabkan hati kami mati?" Tanya mereka lagi.

        Ibrahim bin Adham menjawab: "Kerana lapan perkara."

1. Kamu mengetahui hak Allah,tetapi kamu tidak melaksanakan.

2. Kamu baca al-Qur'an tetapi tidak mengamalkan isinya.

3. Kamu katakan cinta Rasulullah s.a.w tetapi tidak mengetahuinya sunnahnya.

4. Kamu katakan kamu takut mati tetapi tidak bersedia menuju ke kubur.

5. Allah mengatakan syaitan itu musuh kamu,hendaklah kamu jadikan sebagai
    musuh,tetapi kamu masih berbuat maksiat dengannya.

6. Kamu katakan, kamu takut api neraka tetapi kamu campakkan diri ke dalamnya.

7. Kamu katakan, kamu sukakan syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk masuk dalamnya.

8. Kamu bangkit daripada tempat tidur lalu kamu sembunyikan aib-aib kamu sedangkan
    aib-aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu.

                                  Dipetik dari buku : Bertaubat Nak  Tunggu Sampai Bila...
                                      Puan Aminah Hj.Noor

KHURAFAT

 Ciri-ciri Kepercayaan Khurafat

1. Tidak didasarkanpada nas-nas syarak sama ada al-Quran dan hadis.
2. Merupakan cerita-cerita rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
3. Bersumberkan kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercangah dengan Islam.
4. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk lain untuk tujuan yang memudaratkan dan
    menyeleweng dari akidah Isalam.
5. Menggunakan objek tertentu seperti keris,pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu.

       Amalan khurafat juga boleh berlaku apabila seseorang mempercayai ada hari-hari tertentu dalam
hidup mereka akan ditimpa malang atau sial.Lantas pelbagai persiapan dibuat dengan harapan nahas atau sial yang "menjemput" mereka akan dapat dihindari.Walhal secara jelas Rasullah bersabda,"Tidak ada
jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah),tidak ada sial burung hantu,tidak ada serangga yang membawa
kerugian dan tidak ada bala pada bulan Safar,"(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Bentuk-bentuk khurafat


1. Kepercayaan pada keramat seperti kubur,pokok,telaga,batu,bukit,busut dan sebagainya.
2. Kepercayaan pada wujudnya sial seperti mandi membuang sial dan sebagainya.
3. Kepercayaan pada jin yang dianggap memberi kesan sebenar dan memohon pertolongan kepadanya.
4. Kepercayaan pada sesuatu kejadian sebagai petanda buruk atau baik seperti tidak keluar rumah
    ketika burung gagak atau burung hantu berbunyi kerana takut mendapat bala atau sial.
5. Pemujaan pada roh dan objek-objek tertentu seperti besi,keris,kubur,dan sebagainya.
6. Kepercayaan pada amalan sesuatu yang membawa penambahan rezeki seperti membuang ancak di sungai
    dan sebagainya.

Lirik Lagu "Diari YB"   ( ND Lala)

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak minta surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi ditengah jalan
Pemudi tahan nak minta bantuan
Di sambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pula jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang 
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis ceramah

Kampung laiun YB singga
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lengah badan
YB balik ke cawangan

Ditanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam melayan kawan-kawan
 Dengar pendapat dengan pandangan

Sambil tu kenalah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantupun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pula dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

"Assalamualaikum YB....."


Monday, February 14, 2011

Orang LUAR nak jadi ahli UMNO di Kunak jangan nak jadi Hero.

     Saya terpanggil untuk menambah kenyataan blog "Kunak Press" bertarikh 9 Februari,2011 yang bertajuk "Ada cubaan pelobi luar uji nasib di Kunak". Sebagai anak jati Kunak, saya merasakan semua luahan dan kegusaran "Kunak Press" perlu diambil kira secara serious memandangkan sifat tamak golongan-golongan pelobi berkenaan tiada motif lain, adalah cuba berniat jahat dan membunuh masa depan golongan anak "watan Kunak" yang semakin hari ada kemahuan dan kesanggupan untuk memimpin daerah sendiri sekalipun dalam kontek arena politik.
   Kepada anak-anak watan Kunak yang hidup mati mereka di curahkan didaerah ini marilah bangkit memerangi  pelobi-pelobi yang bernafsu besar untuk minta ditabalkan sebagai YB di daerah ini. Bukan saja orang luar yang datang dari luar Daerah kita hancurkan niat mereka tetapi orang Kunak yang sudah berhijrah keluar daerah sejak sekian lama tetapi tiba-tiba muncul bernafsu hendak melobi calon dalam PRU13 juga kita tolak.Jangan ingat dengan ijazah  serta kekayaan yang ada pada mereka  begitu mudah mengambil hak penghuni-penghuni setia daerah ini,yang selama ini sama-sama berhujan dikala musim tengkujuh dan berpanas dikala musim kemarau semata-mata mempertahankan dan membangunkan daerah  setaraf dengan daerah lain  Negeri Di bawah Bayu ini.
   Bagaimana mungkin "Orang Luar Kami Terima" sebagai pemimpin kami dibumi bertuah ini.Janganlah mengambil kesempatan dari kedudukan  sebagai orang kaya, berpelajaran berkedudukan tinggi dan ada yang  bergelar Pengarah dalam sesuatu Jabatan dapat dengan semudahnya menghambil hak kami. Orang Kunak ini manusia juga, yang pasti ada kemahuan seperti anda.Tidak semudah itu  "Membiar hak mereka  dijinakkan  dan perasaan mereka diperbudakkan ".
 Ingat,tuan-tuan pelobi! checklah Pejabat Sumber Manusia Daerah Kunak, setiap tahun antara 100-200 orang lepasan Ijazah yang terdiri dari anak watan Kunak  mendaftar di jabatan tersebut mencari pekerjaan. Ini memberi INGATAN/MENGGAMBARKAN dengan jelas kepada pelobi-pelobi anak watan Kunak sendiri sudah ramai yang hebat berkelulusan  tinggi. Kami tidak perlu pelobi-pelobi  cuba mengambil kesempatan seperti " Menangguk air yang keruh".
   "Kami mahu orang yang memimpin kami anak kelahiran Daerah Kunak",kerana sehingga hari ini mereka setia  tidak berganjak walau seincipun menjadi penghuni setia didaerah ini.Mereka   terdiri dari berbilang kaum hidup harmoni dan saling memahami. Orang-orang bijak kami ada kemahuan  menjadi pemimpin daerah mereka sendiri.DALAM AGENDA KAMI TETAP BERSATU . "Bersatu teguh bercerai runtuh" dan "Biar putih tulang jangan putih mata" dalam satu Misi satu Identiti satu Kunak satu MALAYSIA.
      MESEJ ORANG KUNAK " KUNAK UNTUK ORANG KUNAK" .Kalau ada niat melobi calon jangan di Kunak dan lebih baik melobilah di DUN atau  daerah sendiri,biarlah bangkrap politik asalkan di daerah  sendiri.Lebih elok  jasa dan perjuangan yang hebat itu  disumbangkan  ditempat sendiri supaya lebih bermanafaat kepada anak watan daerah kamu sendiri.
      Anak watan Kunak berpotensi dalam kepimpinan daerah ini seperti berikut :
                1.YB.Datuk Nilwan Bin Kabang
                2. En.Abdul Rahim Bin Wahab
                3. En.Sharif Samsudin Bin Sharif Sagap
                4. En.Jalilul Hajirol
                5. En.Ismail Bin Rugasan  
                6. En.Jahari Bin Lorong
                7. Puan Norsima Binti Simon
                8. En.Halid Bin Harun
                9. Amatidin Bin Rasindin
               10. En.Industan Bin Lumantang
               11. Hj.Husin Bin Ibnuhasan
DAN, ada puluhan  berusia 40-50 tahun keatas  tidak saya sebutkan nama mereka diruangan ini sangat berpotensi sebagai pemimpin daerah ini.Dan,seperti saya katakan di atas ada ratusan proffesional jua telah lahir didaerah ini dan  mereka ini adalah produk kami sebagai pelapis  kepimpinan di  masa akan datang........Wassalam! NAKHODA KUNAK.

Friday, February 11, 2011

Mesej orang Kunak

“Bismillah” pembuka bicara
buat daerah kecintaanku
yang permai lagi makmur
Dibumi kunak ini aku dilahirkan
daerah perladangan, pertanian
dan  perikanan

…..di perut rimbamu
Tasik impian,air terjun,telaga lumpur & sungaimu
Tumbuh subur sejuta herba
Mengkudu,Langkuas,halia,sibukau,petauwali,misai kucing dan tongkatali
Juga pelbagai  specis serangga, haiwan, kancil dan rusa
Berjuta-juta masih dalam khazanah bumi belentaramu

Di dada ladangmu
Coco dan  sawit
Produk  komesilmu
Pisang,mangga ,durian,kelapa,ubi
Limau madu dan pelbagai sayuran tanaman kontang
Lembu,kambing serta ayam itik
Hidup subur, itu milik petanimu………..

Diguamu
madai dan sagarung
sarang walait , madu lebahmu
Gah! Pusaka dan warisan peninggalan moyang………
Aku bangga menjadi penghuni bumiMu
Kerana disitulah …….hakikatnyanya

……dilaut pulaumu  panaroma indah
terhampar istana pusaka riadah sejuta hidupan fauna  
 dipalu canang senyum menjanjikan ribuan pelancung.
Sayang,belum diteroka.

Bilismu yang enak
Gamat yang penuh khasiat
Agar-agar spriluna yang sedap
 Menjadi nilai ispirasi  dunia medikmu
Gah! Di mata rakyat
Kelas pertama di mata dunia
Kerang dan cengkerang dalam hidupan samuderamu
Semua ini milik nelayanmu



Kunak
Darat dan lautmu tenang
Menjanjikan seribu nikmat dalam kehidupan
Anak bangsamu


Lima dekad pasca kemerdekaan
Melampaui batas usia zamanmu
 anak-anak terbiar dibelenggu  kemiskinan masih kelaparan
 teraba-raba dalam penjara kehidupan
angkara  juragan  dikalangan  yang bukan tokohmu

“Biar putih tulang,jangan putih mata”

Sumpah pahlawan mengamit didada
 keris dibenakku umpama senjata,bergema laungan keramat
 diperut daerah bondamu!
telah lahir  ratusan politikus,  cendiakawan, professional,usahawan
Serta   benteng laskar membela anak bangsamu!
 Menjaga harga Bumi pertiwi
harga maruah  warisan moyang dan penghunimu
jangan sentuh milik kami .

Alhamdulillah!


Nukilan     :   NAKHODA KUNAK











Wednesday, February 9, 2011

Desaku yang Permai







Lokasi Kg.Hampilan Kunak.

" kampungku yang permai "

disini.....
di zaman silam kanak-kanakku
aku berlari di pantaimu
bermain ombak halusmu
 di tanganku
mengheret kolek comel bersama rakan dan taulan
.............telah lima dekad berlalu
berlabuhnya zaman dewasaku
wajahmu sedikit berubah
melangkah gagah lesu bersama
 minda anak-anakmu 
mengikut rentak pembangunan negara.
 di pantaimu aku melihat
burung camarmu berebut pantas
mencari sesuap rezeki
KERANA
hari ini seperti kelmarin
 angin selatan semakin bertiup kencang
kemiskinan  mendakap kehidupan
anak-anakmu ada  tidur dalam kegelapan.
pucat wajahnya bersantap kesyuduhan
  menagih sejuta  nilai kehidupanmu.