Omong-omong samada kosong atau benar PRU 13 sudah dihujung bibir. Persiapan parti politik
menghadapi pilihanraya ini hatta sekalipun dari parti yang memerintah (BN) atau parti pembangkang
telah membuat persiapan,mengenalpasti kawasan-kawasan hitam mereka untuk ditawan semula atau dipertahankan.Bukan itu saja kempen-kempen panas mula tersebar di media,surat khabar,siber dan sebagainya. Bagi DUN N.51 Kunak,cita-cita pembangkang untuk menawan kawasan ini sangatlah tinggi
tetapi kalau ditinjau secara kasar harapan mereka sangat tipis untuk menang di kawasan kubu UMNO
yang sangat kebal ini.
Pelbagai Pembangunan dan sumbangan yang dibawah Barisan Nasional di DUN ini telah banyak menyumbang kesetiaan pengundi seramai 9696 mengikut daftar pengundi 31 Disember 2009 telah semakin
utuh dan tiada peluang parti pembangkang menawan kawasan DUN ini. Dari faktor pendidikan dengan
penaikan taraf beberapa bangunan sekolah dari bangunan kayu ke bangunan konkrit.Penyediaan tenaga pengajar bertaraf duniatelah menyumbang keputusan peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM meningkat dari tahun ketahun.Sumbangan Kementerian Pelajaran melaksanakan program RMT dan KWAM dan pelbagai jenis bantuan kepada pelajar-pelajar telah menggurangkan beban ibu bapa yang juga sebagai penggundi di daerah ini.Bahkan jalanraya,bekalan eletrik dan Air berawat sudah menghampiri 100% semua masuk sekolah mendapat kemudahan ini.
Dari segi ekonomi, peluang rakyat untuk menjadi usahawan, meningkatkan pendapatan isi rumah
telah diwujudkan dengan menberi peluang pinjaman samada melalu bayar balik mingguan atau
ansuran bulanan.Agensi yang di lantik seperti MARA,TEKUN dan AMANAH IKTHAR telah dan
sedang membuka peluang kepada semua rakyat disamping memberi pinjaman kewangan tetapi memberi kursus ilmu-ilmu perniagaan dari masa kesama kepada sasaran suri-suri rumah tangga agar dapat membantu keluarga menggerakkan ekonomi mereka.
Agen-agen kerajaan seperti Pejabat Daerah,Jabatan Pertanian dan Haiwan,Jabatan Sumber Manusia dan beberapa Jabatan lagi telah melaksanakan tugas mereka memberi sumber-sumber mengikut bidangkuasa mereka membantu rakyat menyalurkan projek-projek dibawah kementerian masing-masing. Begitu juga dalam bidang kesihatan,pengawalan penyakit seperti malaria danTB dan pelbagai penyakit
di daerah ini sentiasa mendapat perhatian yang utama dan terkawal.
Dari segi keselamatan Unit Pasukan Polis dan PJA telah ditambah setaraf dengan daerah-daerah lain di
Negeri Sabah.Begitu juga Penglibat anggota BOMBA dan RELA turut memainkan peranan menjaga keselamatan disetiap pelusuk di daerah ini yang akhirnya mengurangkan kes jenayah.Dalam ertikata lain rakyat dapat tidor lena tanpa gangguan penjenayah.
Rangkaian jalanraya yang baik menghubungi bandar-bandar besar di Negeri Sabah sangatlah baik.
Perkhidmatan udara kebandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur begitu mudah
dan cepat.Walhal kalau kita ke Kuala Lumpur hanya memakan masa lebih kurang 3 jam 50 minit
termasuk perjalanan kereta dari pekan Kunak ke Airpot Tawau.
Peluang pekerjaan walaupun belum mencukupi tetapi telah banyak diwujudkan terutama sumbangan
ladang-ladang besar seperti Sime Darby Mostyn dan Sime Darby Giram,Ladang TSH , Ladang 101 dan beberapa Ladang yang berhampiran telah menyumbang menyediakan peluang pekerjaan di daerah ini.Bahkan dengan wujudnya beberapa kilang seperti Kilang TSH dan Kilang Kinabalu Sawit yang terletak berhampiran Pekan Kunak semuanyat elah membantu rakyat mendapatkan peluang pekerjaan.
Pusat membeli belah seperti Melewa,KAKA Store dan Kedai Store Siong Ho telah memberi kemudahan kepada rakyat untuk berbelanja dengan harga yang standard dan harga terkawal tanpa beralih membeli ke pekan-pekan yang berhampiran.Begitu juga dengan wujudnya pasar Tamu setiap hari Rabu dan Minggu telah menambah kemeriahan dan kerancakan budaya membeli didaerah ini.Hasil-hasil perikanan dan pertanian yang segar banyak dijual pada waktu tersebut.
Taraf hidup rakyat yang makmur telah meningkat sejak akhir-akhir ini menyebabkan mereka tidak merasakan kenaikan harga barangan.Mengapa mereka tak menyedari keadaan kenaikan harga barang di pasaran? Kerana,mereka mempunyai kehidupan yang baik, ada kuasa membeli setaraf dengan rakan-rakan mereka yang hidup mewah dikala ini, Inilah,erti kemakmuran rakyat menikmati kemewahan yang di beri oleh kerajaan Barisan Nasional.Semua rakyat memiliki apa saja yang meraka mahu mengikut kemampuan dari barang yang murah sehingga ke barang mewah yang patut dimiliki bersama mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Ada juga suara-suara sumbang,isu yang dilemparkan oleh pihak parti pembangkang seperti kenapa
kurang pembangunan.Persoalannya, Pembangunan bagaimana yang pihak parti pembangkan maksudkan?.Kunak mahu didirikan beberapa Hotel bertaraf 5 Bintang?Kondomenium dan sebagainya?Atau Kunak mahu bangunan pencakar lagi stadium sukan bertaraf olympik? Semuanya itu tidak mungkin terjadi dan cukuplah apa yang ada sekarang,kerana keperluan pendudukan kita pun setakat disitu sahaja yang termampu.Kerajaan hendak wujudkan semua benda-benda seperti itu kerana memerlukan pelaburan berbilion Ringgit bukan kerajaan tidak mampu menyediakan wang pelaburan itu tetapi dari segi pulangan balik tidak termampu untuk kita sediakan, kerana pelancong yang datang ke Sabah pun bukan destinasi mereka tidur dan menghinap di Kunak.
Dengan adanya kerajaan menyalurkan projek berbentuk prasarana seperti rangkaian jalanraya yang bertar sehingga kekampung-kampung,bekalan eletrik , bekalan air,rumah PPRT dan PPR itu sudah berpatutan dan memadai..........PARTI BARISAN NASIONAL Menyediakan semua kemudahan buat kita semua.Terima
kasih BN,terima kasih YAB Perdana Malaysia , terima kasih YAB Ketua Menteri Sabah, dan Terima Kasih YB Datuk Nilwan Bin Kabang ( Pada YB lah sebagai pemangkin di daerah bertuah ini )
Wassalam- Nakhoda Kunak.
No comments:
Post a Comment