PRU 13 seperti lagu "Menghitung hari" Nyanyian Kris Dayanti akan berlaku dalam beberapa hari,bulan
atau selewat-lewatnya awal tahun 2012.Begitulah perkiraan beberapa ahli politik yang sentiasa menanti dan mengikut perkembangan dari masa kemasa. Dimana-mana juga sama ada di siber atau kedai-kedai kopi isu
hangat ini menghantui beberapa orang termasuk ahli-ahli politik yang berperasan mahu jadi YB. Orang-orang politik yang merasakan diri mereka berpeluang menjadi calon di DUN kelahiran mereka atau dari kawasan DUN lain tetapi ada cara untuk menawarkan diri sebagai calon YB dimana-mana DUN begitu pantas menukarkan keahlian UMNO mereka semata-mata nak mencari peluang menjadi YB...........
Pelik,benar dan lucu.Kenapa saya katakan begitu? Kerana gagal mengawal nafsu kemanusiaan mereka demi memenuhi cita-cita mereka maka apa saja disekeliling mereka sudah tidak diendahkan pokoknya angan-angan tetap diteruskan dan mengguntungkan . Dulu,ketika meninggalkan Kunak kaki mereka melangkah laju tanpa menoleh kebelakang "ntuk apa tinggal di Daerah yang mundur ini........keluarga hidup sengsara seperti kata peribahasa " kais petang makan petang,kais pagi makan pagi ". Maka,gagak-gagak itu terbanglah jauh meninggalkan daerah bertuah ini,tanah pusaka dijual semata-mata mencari kehidupan yang lebih baik.
Mungkin 30 tahun berlalu bumi bertuah yang dianggap dulu mundur telah jauh berubah.Pembanguan demi pembangunan rancak dijalankan selaras dengan tuntutan pembangunan negara masa kini. Peluang pekerjaan banyak diwujudkan selaras dengan title daerah penuh dan di wakili oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sendiri.Pendek kata, Kunak bukan seperti dulu, berdiri diatas daearah sendiri bahkan ada cadangan sedikit masa lagi akan wujud Dewan Rakyat (Parlimen) Kunak sendiri.
Itulah Daerah Kunak, sebuah daerah Pertanian yang kaya dengan hasil taninya,daerah perikanan yang kaya dengan hasil lautnya dan daerah burung sang walit yang kaya dengan sarang burungnya.Bahkan pada waktu ini, daerah Kunak juga telah lahir ratus dan ribuan orang "ilmuan" yang mampu digarap sebagai pemimpin pelapis masa akan datang. Mereka ini dilahirkan oleh 15 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah dan menengah Agama dan puluhan buah
pra sekolah diperingkat asas pendidikan manusia.Itulah kilang-kilang ilmuan kami yang mencipta barisan ahli bijak/sumber manusia yang sudah terlatih dengan memiliki kesabaran tanpa lari walau timbul sebarang musibah dulu dan masakini.Dalam kotak minda kami lebih baik mengabdi sebagai penghuni yang cekal dan tabah mencurahkan taat setia dan berbakti dibumi tanah tumpah darah ini,dek kata "Biar putih tulang jangan putih mata". Bicara Anak-anak watan kami "Jangan ganggu hak kami"
"Sang Gagak" walaupun dulu sebagai anak kelahiran daerah ini,tapi kamu sekeluarga sudah jadi orang lain. Sepatutnya sebelum meninggalkan daerah ini,fikirkan lah semasak-masaknya,akibatnya "sesal dahulu
pendapatan,sesal kemudian sudah tak berguna".Walau setinggi manapun sekolah yang gagak capai semua itu tiada nilainya kepada kami, kerana kebolehan yang ada pada kamu hari ini tidak menggambarkan pencapaian anak-anak bumi bertuah ini......."Gagak terbanglah terbang sepantas yang kamu suka,dan jangan menoleh kedaerah ini lagi,kami tidak mahukan khidmat kamu ."
" Al-kisah beberapa ekor ular sawah yang sedang kelaparan sedang menyusur mengintai mangsa nak
menelannya. Sayang,ular-ular ini mahu menangkap mangsa ketika musim kering, kerana gelagat mereka
cepat terhidu.Kononnya,mereka tukar keahlian UMNO ke Kunak kerana mahu jadi YB. Nafsu Syaitan kamu.Kalau nak jadi ahli UMNO di Kunak ini biar kamu jadi pelarian politik. Jangan disebabkan politik kamu tidak laku disana maka Kunak pula jadi sasaran nak cari peluang berpolitik. ULAR SAWAH,
kamu ingat orang Kunak ini Bodoh sangatkah??? Kamu,ingat mentang-mentang YB kami sakit terus menyerah begitu sahaja.Kami selalu berdoa agar kesihatan YB Datuk Nilwan ini akan cepat sembuh dan boleh menjalankan tugasnya sebagai YB di DUN ini seperti sediakala. Sekiranyapun dengan ketentuan Allah s.w.t beliau tidak berupaya,insyallah masih ramai lagi di kalangan anak-anak watan kami yang boleh terpilih sebagai wakilk rakyat kami,bukan kamu Sang Ular Sawah,bukan kamu Sang Gagak! Maaf ya, Bye,bye!!!!good bye!
Akhir kalam,ingatan kepada semua orang luar yang ada degree/ijazah M.A atau Ph.D dan harta "kalau mahu jadi pemimpin calon PRU 13 di Kunak jauhkan dari Calon UMNO cari peluang diparti lain dan jangan kacau kami .KUNAK ADALAH HAK KAMI!
Wassallam dari Nakhoda Kunak.
No comments:
Post a Comment