Friday, March 25, 2011

Hati Yang Mati Apa Sebabnya?

        Ibrahim bin Adham pernah ditanya: "Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan?
Sedangkan Allah s.w.t telah menjanjikan bahawa orang yang berdoa akan diperkenankan-Nya?"

        Ibrahim bin Adham menjawab: "Sebab hati kamu telah mati."

        "Apa yang menyebabkan hati kami mati?" Tanya mereka lagi.

        Ibrahim bin Adham menjawab: "Kerana lapan perkara."

1. Kamu mengetahui hak Allah,tetapi kamu tidak melaksanakan.

2. Kamu baca al-Qur'an tetapi tidak mengamalkan isinya.

3. Kamu katakan cinta Rasulullah s.a.w tetapi tidak mengetahuinya sunnahnya.

4. Kamu katakan kamu takut mati tetapi tidak bersedia menuju ke kubur.

5. Allah mengatakan syaitan itu musuh kamu,hendaklah kamu jadikan sebagai
    musuh,tetapi kamu masih berbuat maksiat dengannya.

6. Kamu katakan, kamu takut api neraka tetapi kamu campakkan diri ke dalamnya.

7. Kamu katakan, kamu sukakan syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk masuk dalamnya.

8. Kamu bangkit daripada tempat tidur lalu kamu sembunyikan aib-aib kamu sedangkan
    aib-aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu.

                                  Dipetik dari buku : Bertaubat Nak  Tunggu Sampai Bila...
                                      Puan Aminah Hj.Noor

No comments:

Post a Comment