Wednesday, March 30, 2011

Pembatalan Loji tenaga arang batu di Sinakut Tungku, antara tahniah & kecewa?........

  Dengan pembatalan Loji tenaga arang batu di Sinakut Tungku yang diumumkan olem PM baru-baru ini (16 Februari 2011) mengikut pandangan saya agak sukar di terima lojiknya, YA atau TIDAK! Kenapa saya berpendapat demikian?
  "YA" kalau itu yang saya pilih  saya bersetuju kerana yang membatalkan itu ialah PM dan Ketua Menteri kerana keputusan mereka berdua perlu dihormati. Alasan beberapa individu yang berselindung sebagai pencinta alam mempengaruhi beberapa NGO menghentam kerajaan sehingga menimbulkan kontroversi memaksa kerajaan membatalkan Pembinaan Loji arang batu itu.
   Kalau "TIDAK" saya katakan, bererti saya ada pilihan lain dan berharap tidak mengundang kontrovesi atau sebaliknya.Saya tidak berniat menidakkan keputusan apa yang telah dibuat kerajaan cuma mahu memberi pendapat mengikut kaca mata saya sendiri.
    1.  Loji tenaga arang batu telah dibina di beberapa negeri di Semenanjung termasuk di Manjong Perak
         dan beberapa kawasan di Sarawak sejak beberapa tahun yang lalu dan sekarang sedang beroperasi
         sebagai sumber tenaga eletrik .Persoalannya adakah manusia dan semua hidupan ditempat-tempat
         tersebut alam sekitarnya sudah tercemar dan semua hidupan di kawasan tersebut  manusia dan
         hidupan sudah terancam? Sekirnya mencencam semua hidupan dan pencemaran alam sekitar
         mengapa tidak dihentikan sahaja  beberapa Loji tenaga arang batu tersebut?
     2. Beberapa buah negara maju seperti Amerika dan Jepun sejak sekian lama sudah menggunakan
         tenaga tersebut tetapi bukan  pencemaran tetapi kemajuan teknolojinya tinggi.Dalam kajian UNESCO
         tahap kesihatan mereka pun terlalu tinggi berbanding dengan negara yang terlalu banyak
         memikiran pemuliharaan alam sekitar. Negara-negara yang diinginkan oleh Barat supaya
         memelihara alam sekitar ini penduduknya mundur dan selalu ditakut-takutkan dengan perubahan
         hidup yang morden dan mewah. Sesuatu kaum yang hidupnya dalam keadaan pramitif itu
        dikekalkan habitat mereka agar memelihara keaslian sepanjang zaman. Sampai bila kita " Duduk
        sama rendah,berdiri sama tinggi" dengan mereka? Tidak apalah kalau monyet biar dengan habitnya
        tidak perlu perubahan kerana mereka tetap monyet tidak memiliki perasaan seperti manusia ada
        kemahuan dan perasaan, tapi "Orang utan" ada yang  lari dari habitatnya kerana sudah baju dan seluar
        itupun dengan bantuan bantuan dan ciptaan orang barat disamping  sarapan dan makanan mengikut
        meno. Kalau tidak percaya "Lihat Orang Utan di Sepilok".........
    3. Saya di fahamkan ada beberapa individu dulu berpengaruh dalam kerajaan dan ketika itu beliau
        beria-ia hendak mendirikan Loji tenaga arang batu di kawasan silam dalam zaman kegemilangan
        pemerintahannya. Selepas dia berada di luar kerajaan orang ini lah yang banyak menimbulkan
        masalah membuat bantahan disana sini dengan bertopengkan "Pejuang Pencinta Alam". Beliau
        banyak mempengaruhi beberapa NGO dan menimbulkan kontrovesi sehingga mampu mengagalkan
        projek arang batu ini. Sebenarnya, sekiranya projek Loji tenaga arang batu ini kalau diteruskan
        saya sudah tentulah membuka peluang pekerjaan di samping menjadi pekerja loji tenaga arang batu
        sudah tentu membuka penempatan dan bandar baru.Di bandar ini nanti mungkin wujudlah
        beberapa prasana keperluan sumber manusia seperti sekolah,balai polis,hospital dan sebagainya.
        Atau mungkinkah wujud satu Jabatan yang memiliki kakitangan pakar mengenai kajian kawalan
        pencemaran alam sekitar. Siapa yang menjadi pekerjanya ? Sudah tentu belia-belia yang
        menganggur.Nah,ini bererti semua peluang ini menyumbang kehidupan kepada beberapa individu.
        Kalau ada mata pencarian hidup sudah tentu menjanjikan sesuatu kehidupan yang harmoni.
        Orang yang terbela hidupnya sudah pasti melahirkan idea-idea yang waras dan sehat,tidak
        begelandangan kehidupannya. Orang-orang di kawasan  Tungku khususnya dan daerah-
       daerah berhampiran seperti Lahad Datu dan Kunak terlepas rezeki hakikat yang sebenarnya.Angkara
       komplen individu dan beberapa NGO yang bertopeng Pencinta Alam dan perancangan kerajaan yang
       baik akhirnya tersengkur.
4.    Perlu di ingat soal kematian itu berlaku dimana-mana. Manusia, hanya mampu mempertahan hayat
       nya atau bernafsu mahu hidup lama  antara umur 60-80 tahun.Setelah tua pikun manusia sendiri
       akan akur mahu cepat menemui kematian.Dan,sudah tentu pencemaran alam sudah tidak akan ada
       ertinya lagi dalam kamus hidup mereka.Sebagai seorang muslim kita mesti akur kehendak ketentuan
        illahi qada' qadarnya.
      

           "Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu akan tetap 
            nenemui  kamu,kemudian kamu akan di kembalikan kepada Allah yang 
            Mengetahui segala yang ghaib  dan segala yang nyata.Lalu Ia akan 
            memberitahu kamu apa  yang telah kamu kerjakan."
                                                                                      ( Al-Jummah 8)

No comments:

Post a Comment