Seperti kita sedia maklum bahawa Piala Dunia 2010, Afrika Selatan telah menjadi tuan
rumah dengan jayanya. Ketika perlawanan bola sepak dunia itu dimulakan begitu banyak perlawanan
yang menarik dimana pasukan-pasukan samaada mewakili negara mereka atau tanggapan yang lebih besar mengwakili setiap Benua diseluruh dunia. Pasukan yang bertanding sudah tentulah hebat dari tiupan wisel
perlawanan pertama sehinggalah ketiupan wisel perlawanan akhir perlawanan pertandingan bola sepak itu. Apa yang berlaku ketika perlawanan demi perlawanan sedang berjalan timbullah Sotong Kurita sebagai penentu pasukan yang menang bahkan hatta perlawanan separuh akhir perlawanan akhir seolah-olah ditentukan oleh gelagat dan tilikan Sotong Kurita yang disimpan didalam akuarium kaca.Persepsi Sotong Kurita yang saya hendak katakan ini bukanlah ada kaitan dengan Bola sepak Piala Dunia tetapi " Orang luar dari daerah lain yang telah menjadi ahli UMNO di daerah lama telah memindakan keahlian UMNO ke DUN N.51 Kunak ".
Apakah motif disebalik perpindahan keahlian UMNO itu? Nak jadi pelarian politik pun tidak masuk akal
sebab daerah lama mereka berada di Negeri Sabah dan juga amnya Negara Malaysia .
" Nak jadi Sotong Kurita?" Kenapa Sotong Kurita saya istilahkan kepada mereka?.Sebab,lihat
sahaja belalai/tangan sotong kurita yang banyak itu apabila sudah membelit mangsa dan mangsa itu sukar melepaskan diri wahhal maut mengundang mereka.
Begitu juga dengan Pokok kayu Ara pada mulanya pokok tumpang tetapi selepas membelit pokok asal ia akan berdiri sendiri dan hilanglah nama pokok asal dan berdirilah nama "Pokok Kayu Ara".
Spesis "sotong kurita" dan "pokok ara" boleh dijadikan maskod atau replika di Kunak memandangkan makhluk ciptaan Allah s.w.t ini memang banyak terdapat di Kunak.Sotong Kurita banyak terdapat di persisiran kampung-kampung berhampiran laut termasuk Kg.Pangi,Kg.Hampilan dan persisiran
pantai Kg.Buang Sayang dan Kunak Tiga.Kalau dizaman kanak-kanak saya selalu menangkap sotong
ini dengan menangkap di waktu malam menggunakan lampu pelita atau diwaktu siang menggunakan penucuk besi yang di panggil "tilok" atau menubahnya saja menggunakan lada dan tembakau.Sedangkan "pokok ara" pula banyak tumbuh subur dihutan dara di daerah ini.
Sekiranya orang luar berniat nak berpolitik di DUN N.51 Kunak jangan ingat kami boleh menerima
anda dengan begitu mudah sahaja.Cukuplah pengalaman dulu yang banyak mengajar kami menjadi matang
sekarang.KAMU, jangan cuba masuk ke DUN ini dengan tujuan nak melobi jadi YB. Hati dan perasaan
kami sekarang sudah terlalu tersinggung malah sudah luka dan bernanah dan kalau tidak dicegah akan pecah
menjadi bau busuk dan penyakit kepada BN dalam PRU13 nanti. Cuba elakkan dan jauhkan dari menawarkan diri menjadi Wakil Rakyat kami, dan jangan disebab nafsu syaitan anda itu yang menerima akibatnya ialah BN.
Pengundi-pengundi seramai 9696 orang itu adalah milik anak watan ini yang bakal menjadi pemimpin kami. Apapun,pada hari esok kami tidak mengiktiraf sotong kurita dan pokok ara bangun menjadi pemimpin kami.Jangan ingat anda sudah berpindah cawangan ke DUN Kunak boleh bermaharajalela dan senang memperbudakkan kami lagi. Dan,cukuplah kamu diberi kesempatan jadi Ahli UMNO di Kunak tapi jangan berniat nak menjadi wakil rakyat kami pula.Penerimaan kamu sebagai ahli UMNO bukan tiket nak jadi calon di PRU13 nanti! " KALAU DIBERI PELUANG, JANGAN TERLEBIH SUDAH".Kehadiran kamu ke Kunak tanpa dipinta,tidak memaklumkan kepada Pengurusan UMNO Bahagian, terutama tanpa melalui pengetahuan Ketua UMNO Bahagian Silam. Kamu buat sahaja sesuka hati.
Hari ini saya senaraikan nama-nama yang perlu sotong kurita dan kayu ara beri salam sebelum masuk ke rumah usang kami :
01. YB Datuk Nilwan Bin Kabang (YB.DUN Kunak,Bendahari UMNO Silam)
02. Sharif Shamsuddin Sharif Sagap (Mantan Pengetua dan Ketua Cawangan)
03. Abdul Rahim Wahab ( Ketua Cawangan )
04. Amatidin Rasindin
05.Jalilul Ajirol
06. Zahari Lorong
07. Simah Simon
08. Abdul Raja Masalah (Ketua Cawangan)
09. Marasali Bin Mordan (Ketua Cawanagn)
10. Hj.Hussin Ibnoh Hassan (Usawahan)
11. Ismail Rugasan
12. Idustan Lumantang
13. Gabra Imam safie
14. Herman Rahim (AJK Bahagian Silam)
15. Jams Bin Lakim
16. Halid Harun (Pegawai Kemajuan Rakyat) Dan,
17. Balnama Kauluh (Penyelaras UMNO Silam DUN N.51 Kunak,AJK Bahagian
Silam dan Ketua Cawangan Kg.Bangkuruan II).
Dan, masih ramai tidak tersenarai dalam catatan ini terdiri dikalangan anak-anak watan Kunak yang berpotensi bergelar Dr,Peguam dan golongan Profesional samaada yang berada dalam daerah atau bertugas di luar daerah.Ratusan golongan siswazah sedang menunggu peluang pekerjaan dalam bidang masing-masing bahkan ada yang memiliki M.A dan Ph.D. Dan, KAMU BERANI? Sekian Wassallam...Nakhoda Kunak.
No comments:
Post a Comment