Friday, March 25, 2011

KHURAFAT

 Ciri-ciri Kepercayaan Khurafat

1. Tidak didasarkanpada nas-nas syarak sama ada al-Quran dan hadis.
2. Merupakan cerita-cerita rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
3. Bersumberkan kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercangah dengan Islam.
4. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk lain untuk tujuan yang memudaratkan dan
    menyeleweng dari akidah Isalam.
5. Menggunakan objek tertentu seperti keris,pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu.

       Amalan khurafat juga boleh berlaku apabila seseorang mempercayai ada hari-hari tertentu dalam
hidup mereka akan ditimpa malang atau sial.Lantas pelbagai persiapan dibuat dengan harapan nahas atau sial yang "menjemput" mereka akan dapat dihindari.Walhal secara jelas Rasullah bersabda,"Tidak ada
jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah),tidak ada sial burung hantu,tidak ada serangga yang membawa
kerugian dan tidak ada bala pada bulan Safar,"(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Bentuk-bentuk khurafat


1. Kepercayaan pada keramat seperti kubur,pokok,telaga,batu,bukit,busut dan sebagainya.
2. Kepercayaan pada wujudnya sial seperti mandi membuang sial dan sebagainya.
3. Kepercayaan pada jin yang dianggap memberi kesan sebenar dan memohon pertolongan kepadanya.
4. Kepercayaan pada sesuatu kejadian sebagai petanda buruk atau baik seperti tidak keluar rumah
    ketika burung gagak atau burung hantu berbunyi kerana takut mendapat bala atau sial.
5. Pemujaan pada roh dan objek-objek tertentu seperti besi,keris,kubur,dan sebagainya.
6. Kepercayaan pada amalan sesuatu yang membawa penambahan rezeki seperti membuang ancak di sungai
    dan sebagainya.

Lirik Lagu "Diari YB"   ( ND Lala)

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak minta surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi ditengah jalan
Pemudi tahan nak minta bantuan
Di sambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pula jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang 
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis ceramah

Kampung laiun YB singga
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lengah badan
YB balik ke cawangan

Ditanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam melayan kawan-kawan
 Dengar pendapat dengan pandangan

Sambil tu kenalah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantupun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pula dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

"Assalamualaikum YB....."


No comments:

Post a Comment