Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat tujuh (7) macam pahala yang akan
diterima oleh seseorang itu selepas mati.
Tujuh perkara tersebut ialah:-
1) Sesiapa yang mendirikan masjid,maka tetap pahalanya selagi masjid
digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan
terus-terusan sampai kepadanya selagai ada orang yang menggunakan
terusan tersebut.
3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-quran) atau kitab, dia akan mendapat
pahala selagi ada orang yang membacanya.
4) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya
baik dari manusia atau burung.
6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang
yang mempelajarinya.
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua
orang tuanya dan mereka beristighafar untuk kedua ibubapanya itu. Iaini anak
yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat
pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala
guru itu sendiri.
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda: " Apabila telah matinya anak
Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:
1) Sedekah jariah.
2) Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya."
No comments:
Post a Comment