Wednesday, September 21, 2011

Sambungan cerpen PRU13 jangan pinggirkan orang tempatan

   Dalam kerancakan perbualan yang semakin panas ini tiba-tiba muncul beberapa orang "Mat Rempit" menunggang motosikal mereka dengan bunyi eajos motosikal yang memekak telinga masing-masing membawa pasangan awek (mina rempit) dengan di belakang dikibarkan Bendera Malaysia satu pendekatan patroitik Anak Malaysia yang bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Semangat kental patrotik anak-anak muda ini adalah baik dari satu sudut kerana pendekatan cintakan negara, tetapi dari  sudut yang lain adalah tidak sihat kerana menggunakan motosikal yang bising dengan eajosnya, juga berkepitan dengan awek yang sudah tentu salah dari sudut pandang islam agama suci kita kerana status sumbang makharamnya yang belum pasti.
   " budaya kuning sudah menular dikalangan anak muda kita.Siapa yang dipersalahkan? ibubapa atau dasar Pendidikan Negara hari ini tidak mampu menahan ledakan budaya yang merugikan?" sindir Udin yang seolah-olah menidakkan dasar Pendidikan Negara yang dia anggap gagal membentras gejala ini.
    " Budaya kuning dimana-mana pun ada, tidak terkecuali di negara Arab.Hak individu tidak dapat di kawal
oleh  perundangan kecuali kes  jenayah yang melanggar perundangan negara barulah pihak berkuasa boleh meletakkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang.Selagi belum menjadi kes mahkamah maka mereka bebas dari pelbagai hukuman dan jenayah.Sekecil-kecil perbuatan pun kalau sudah kes polis dan  makkamah sudah tentukan dan dijatuhkan sebagai kes jenayah mengikut peruntukan kes jenayah dalam akta perundangan negara.Moral atau pendidikan  yang digubal dalam akta Pendidikan Negara tiada hubung kait dengan hak individu......" sampuk Ali mempertahankan celaan sinis Udin.
  " Pemimpin pembangkang banyak memutarkan sejarah.Yang hero dijadikan komunis dan yang jahat dijadikan hero! Sudahlah itu kalau mereka memerintah bendera pula nak ditukarnya" serkah Ali dengan geram dan berang.
   ' Jangan persoalkan semua itu,kita mahu hanya Calon tempatan.Sekiranya pucuk pimpinan memilih Calon PRU13 mengwakili BN dikalangan bukan anak tempatan kita undi saja calon bebas.....tolak calon kerajaan atau pembangkang",kata Ramli bersahaja.
   " Kita sebagai ahli UMNO mesti akur siapa saja kita sokong sekiranya pucuk pimpinan sudah putuskan si anu jadi calon.Kita berjuang menentukan kemenangan BN bukan menentukan kemenangan anak tempatankah atau si anu. Jangan buang masa ayuh kita ke kebun buang baja...harga kelapa sawit mahal sekarang.Banyak bercakap buang masa! Soal siapa calon bukan urusan kita.Urusan kita memastikan DUN Batik tidak terlepas kepada Parti Pembangkang.HIDUP BN! Hidup Datuk Najib! Hidup Datuk Musa.....
   Suasana warung menjadi gamat dengan gelak ketawa..........Wassalam Nakhodakunak.

No comments:

Post a Comment