Tuesday, July 26, 2011

PRU13 jangan pinggirkan orang tempatan.........

                  PRU 13 semakin hari semakin dekat umpama perjalanan saat dan waktu yang yang dengan sendirinya terus berligat mengikut paksi dan putarannya.Seperti kebiasaanya, diwarung dan kedai kopi tempat berlepaknya mereka-mereka yang sentiasa meramal tarikh dan waktu pembubaran samada Dewan Rakyat atau sekali gus Dewan Undangan Negeri.Di Batik,Dewan Rakyat tidak berapa diambil perhatian oleh sebilangan pelobi-pelobi kerana mereka tidak meletakkan sasaran dan impian mereka untuk menjadi wakil rakyat.Pelobi-pelobi hanya mensasarkan nasib mereka menjadi Wakilk Rakyat DUN sahaja sebagai anak tempatan pilihan utama dalam menentukan calon PRU13 nanti.Itulah tekad mereka..........
         " Kita mengharapkan wakil rakyat yang ada sekarang dikekalkan,kerana kita mahu anak tempatan terus menjadi pilihan pucuk pemimpin atasan! " ujar Udin yang menjadi penyokong kuat YB penyandang dengan semangat petrotiknya.
        " Minggu ini YB telah masuk dari rumah kerumah rakyat/orang awam untuk melihat mana atap yang bocor,mana lantai yang reput semuanya direkod dan diberi kelulusan secara underspot,"tambah Udin lagi secara bersahaja untuk menjelaskan mengyakinkan lagi rakan yang lain disekelilingnya.
        " Kenapalah YB tidak buat beberapa tahun yang lalu perkara ini? Tidak juga saya katakan lembab tapi alpa......."sampuk Ali seolah menyindir.
        Ali sebenarnya sengaja memasang telinga untuk mendengar isu semasa dan selalu menentang kebaikan apa yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kerajaan terutama Wakil Rakyat.Baginya banyak penyelewengan telah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan YB apabila melaksanakan beberapa projek samada projek persendirian yang diberi oleh YB atau dilasanakan melalui kontraktor.Walaupun dulunya dia sebagai penyokong kuat kerajaan tetapi dari percakapannya ternyata Ali sudah berpaling tadah untuk menyokong Parti Pembangkang.
Sikap agerisifnya menentang dasar kerajaan ekoran daripada tidak senanghati dengan sikaf orang-orang kanan YB yang dia anggap sebagai tidak bertanggungjawab...... Dia selalu meluahkan perasaan untuk menentang sekeras-kerasnya sekiranya calon pilihanraya yang akan datang di pilih dikalangan orang luar.
        " Jangan pinggirkan pelobi orang tempatan....... tolak pelobi luar.Mereka buat kacau kita.Apa kurangnya pelobi-pelobi kita.Merekapun berkrisma.Kalau mereka diberi peluang jadi Wakil Rakyat Visi dan Misi daerah ini untuk membawa rakyat keluar dari garis kemisinan,walhal daerah ini akan berada landasan baik dari beberapa sudut untuk memberi peluang mementapkan tahap pendidika ,ekonomi dan sosial mengikut keperluan...." jelas Karim Pemaju Mukim yang dari tadi mendiamkan diri.
            (cerpen ini bersambung pada esok hari dan sila ikut perkembangannya)

Thursday, June 2, 2011

benarkah duit berkuasa.....

        Dalam apa cara sekalipun bahawa kehidupan manusia, bahkan semua mahluk ciptaan tuhan pada hari ini memerlukan  nilai harga bersesuai dengan keperluan persekitaran dari semua sudut punca kehidupan di alam maya ini.Kata seorang rakan saya "duit itu segalanya, kerana tanpa duit kehidupan individu akan terumbang ambing seperti  sebuah kolek hanyut ditengah-tengah lautan tanpa arah tujunya". Begitu besar kuasa duit bukan sahaja dapat membeli material dengan nilai yang mahal tetapi dapat meruntuhkan maruah dan akhlak seseorang.Dari dahulu hingga ke hari ini individu yang mempunyai banyak duit akan dianggap bos,tuan malah pelbagai gelaran yang mampu meletakkan seseorang individu itu dihormati,dipandang mulia dan berada dalam kelompok kedudukan tertinggi dalam masyarakat dan  persekitarannya.Dengan adanya duit,manusia boleh membeli apa yang dia suka.Kereta mewah,rumah mewah,pakaian mewah dan segala-galanya terletak kepada kemahuan individu itu sendiri.Malahan,kalau  ramai pengikut atau ramai musuh,sekuat dan segagah manapun pengikut musuhnya boleh dimaki hamun tanpa ada yang berani membantah kehendaknya.
      Ada beberapa individu berpendapat duit tidak boleh mengadai maruah seseorang .Benarkan pendapat demikian, ada individu dapat memepertahankan maruah tanpa duit dari individu tertentu?" KENAPA DIA BERJAYA? ". Apakah pertanyaan itu boleh diungkapkan setelah pengaruh duit itu telah membeli dan membungkus meruah yang selama ini dipertahankan.Benarkah duit itu dapat mengubah seorang agar tunduk dengan kuasa yang diberikan oleh yang empunya banyak duit?Kalau kita seorang pengikut setia individu yang lain yang menentang pengusaan pengaruh duit , bagaimana kita melaksanakan sesuatu pekerjaan yang  diharapkannya sedangankan pihak sasaran membuntuhkan benda ini?. Berapa kemampuan yang ada untuk membetulkan keadaan agar bersih tanpa menggunakan pengaruh duit, menidakan sesuatu pengaruh dalam satu persaingan sengit yang diwarnai "pesta duit" sedangkan tidak ada seorang pun individu yang berani menidakkan kuasa duit kerana  individu mencari peluang mendapat seberapa banyak duit dan menganggap sebagai rezeki. Adakah manusia dikala pesta duit sedang dihambur dalam sesuatu keadaan lantas mengurung diri lari daripada keadaan itu.Jawabannya,  mungkin ADA! Sebab individu berkenaan adalah pesaing untuk menghambur duit dalam  pesta itu dan tidak kepada ramai individu yang menanti rezeki hingga kelarut malam dan kadangkala pesta itu berlarutan sampai kesubuh hari, layaknya perangai mereka tidak ubah seperti pondan-pondan bergelandangan di Kg.Air KK mencari sang playboy yang menghambur duit mereka semata-mata mencari sesuatu perkhidmatan 2 + 1(dapat duit dan soronok) sehingga fajar menyinsing.Bagi mereka yang banyak duit masanya untuk menabur pengaruh menggunakan kuasa duit untuk menjadikan mereka sebagai orang paling berpengaruh dan disenangi  sebagai seorang PEMIMPIN POLITIK yang tidak lokek.Demi mengajar kuasa dan politik duit adalah sebagai pemangkin untuk memudah cara menguasai dan mempengaruhi sesuatu keadaan. Kata kawan saya,"hakikatnya,pada masa sekarang manusia tidak boleh dirunding dengan air liur saja,pasti mahu pengerasnya dong."
   Dalam politik masa kini seseorang yang bercita-cita inginkan kuasa politik dan sebagai pencabar kepada kuasa politik individu yang lain,tidak ada satu keadah yang terbaik untuk memikat penyokong kecuali dengan duit.Mereka yang menggunakan duit dan berpura-pura menjadi seorang pelaku dermawan yang baik biasanya akan menjadi popular dan dihormati.  Seorang kawan saya berpendapat  dengan kuasa duit beberapa individu tidak semestinya ada duit dapat mengaruhi  diri  boleh dibeli  dan mengadaikan meruah dan harga  diri .Janganlah kerana duit kita boleh diperbudakkan,dipermain-mainkan sehingga sanggup menjadi hamba dan akhirnya menjadi pak turut semua keistemewaan akan diragut didepan mata dengan begitu mudah dalam ertikata yang lain didayuskan.Kematangan  menjaga kepentingan hak itu  perlu disemai dan dibajai kerana hanya itulah yang mampu menahan pengaruh duit.Ingatlah,penjajahan dizaman yang serba canggih ini bukan saja berbentuk perang konvensional  menakluki sesuatu negara kaum dan masyarakatnya tetapi boleh dilakukan dengan cara perang duit yang mampu menguasai segalanya kecuali kekuasaan Allah s.w.t. Hakikatnya, hanya sebahagian individu yang memilik sifat-sifat murni ini dan yang selebihnya sudah ditakluki,dijajah oleh kuasa duit dan mereka akan terkurung terus menjadi hamba duit selama-lamanya.Kesimpulannya kuasa DUIT mampu menggubah sesuatu keadaan,samada politik,pendidikan,pembangunan,taraf hidup dan segalanya. Apa yang ada didunia hari ini kecuali  dengan kuasa ALLAH  s.w.t saja yang tidak dapat diatasi.Kata beberapa individu yang lain, siapapun pemimpin politik hari ini, kalau tidak menggunakan duit tidak mungkin memiliki kedudukan dalam politik hari ini.Persoalannya setelah ada kuasa ditangan kenapa mereka berkeras membenteras habisan-habisan kuasa politik menggunakan wang. Orang yang banyak duit tidak semestinya mempunyai kepimpinan yang baik untuk menerajui sesuatu kuasa politik kerana seorang PEMIMPIN politik yang baik itu terletak  dari bakat semulajadi yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t.   Duit dan pemimpin itu mempunyai jurang perbezaan sempadan yang sangat jauh seperti  bumi dan langit. Siapapun manusia, tidak ada yang tidak hendakkan duit tetapi di sebaliknya samada yang memberi duit carilah ditempat yang sesuai untuk memberi duit dan yang menerima pula janganlah terkejar-kejar untuk mendapatkan duit........
    Kata bijak pandai, "Apa yang kita miliki hari ini simpanlah ditempat yang sebaik-baiknya,kerana hari esok tidak menjanjikan seperti yang kita miliki hari ini.Allah akan terus memberkati bagi mereka yang memilikki sifat-sifat telus,jujur dan amanah".

Wednesday, May 18, 2011

.................debat politik diwarung kopi kunak!

     Pada suatu pagi yang cerah sedang mantari mengeluarkan cahaya yang mula hangat, angin selatan bertiup lembut dan segar.Kereta EXCORA aku pandu perlahan menuju kesebuah warung tempat selalu aku bersarapan pagi setiap hari.Di Kunak, pengusaha-pengusaha warung menyediakan masakan yang enak dan segar ala masakan tempatan.Ikan rebus ikan putih  kuah kunyit asam pedas,sayur tumis peria dan telur asin itu menu kegemaranku,bahkan setiap hari aku cari menu itu dan sekiranya tiada dalam sajian kerana pengusaha kekurangan bekalan maka terpaksalah mencari minuman samaada ali kopi,tongkatali,kumis kucing atau susu kambing dengan hidangan kuih-kuih tempatan yang masih hangat dan segar.......
  DOLLAH : Apa buktinya kamu orang Kunak?
  TALIB        : Saya adalah penggundi sah di Kunak.Saya juga ahli UMNO di Kunak!
  DOLLAH : Saya tahu itu semua, kamu adalah Penggundi malahan sudi menukarkan keahlian UMNO
                         di Kunak.Tapi hal penukaran undi dan penukaran ahli UMNO ke Kunak sudah tentu
                         ada tujuan?
   TALIB      : Saya Sabahan!Warganegara dan bebas dimanapun saya suka.Negara ini demokrasi!
                        Dimana-manapun kita boleh tinggal dan itu hak saya sebagai rakyat Malaysia yang
                        merdeka!
  DOLLAH : O.K, itu saya faham dan kamu ada hak.Sekarang saya tanya, sekiranya ada diantara keluarga
                       kamu MATI (meninggal dunia) atau kamu sendiri yang MATI, kamu mahu di kebumikan/di
                       kubur di Kunak?

   Cuaca yang tadi cerah dan ceria tiba-tiba redup dan hujan turun dengan lebat.Baju Talib sedikit basah
kerana tempias hujan yang diterbangkan oleh angin. Talib berteriak..........
     TALIB :   Dollah.....HUJAN.Angkat kain..... hari nak hujan........eh..eh....eeeeeeee angkat kain!
                     Kalau saya mati saya tak mahu di kubur di KUNAK!

guru oh guru

" Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
   Jika hari ini seorang raja menaiki taktha
   Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
   Jika hari ini seorang ulama yang mulia
   Jika hari ini seorang peguam bicara
   Jika hari ini seorang penulis terkemuka
   Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
   Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
   ....dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca "

       " SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA "


  "Catatan sebahagian rangkap sajak " guru oh guru "  - Usman Awang

Wednesday, April 13, 2011

Kekasih

                               Akan kupintal buih-buih
                               menjadi tali
                               mengikatmu

                               akan kuanyam gelombang-gelombang
                               menjadi hamparan
                               ranjang tidurmu

                               akan kutenun awan gemawan
                               menjadi selendang
                               menudungi rambutmu

                               akan kujahit bayu gunung
                               menjadi bayu
                               pakaian malammu

                               akan kupetik bintang timur
                               menjadi keronsang
                               menyinari dadamu

                               akan kujolok bulan gerhana
                               menjadi lampu
                               menyuluhi rindu

                               akan kurebahkan matari
                               menjadi laut malammu
                               menhirup sakar madumu

                               kekasih,hitunglah mimpi
                               yang membunuh realiti
                               dengan syurga ilusi.




                              1971      -   Usman Awang

Tuesday, April 12, 2011

Aku

Kalau sampai waktuku
'ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menebus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi.


1943   -  Chairil Anuar.

Monday, April 11, 2011

7 MACAM PAHALA DINIKMATI SELEPAS MATI

 Dari Anas r.a berkata  bahawa terdapat tujuh (7) macam pahala yang akan
 diterima oleh seseorang itu selepas mati.

Tujuh perkara tersebut ialah:-

1) Sesiapa yang mendirikan masjid,maka tetap pahalanya   selagi   masjid
    digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan
    terus-terusan sampai kepadanya selagai  ada  orang  yang menggunakan
    terusan tersebut.

3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-quran) atau kitab, dia  akan  mendapat
    pahala selagi ada orang yang membacanya.

4) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya
    baik dari manusia atau burung.

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang
    yang mempelajarinya.

7)  Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua
     orang tuanya  dan mereka  beristighafar untuk  kedua ibubapanya itu.  Iaini  anak
     yang selalu diajari ilmu al-Quran,   maka orang yang mengajarnya akan mendapat
     pahala selagi anak itu mengamalkan   ajaran-ajarannya  tanpa  mengurangi  pahala
     guru itu sendiri.

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda: " Apabila telah matinya anak
Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:
      1) Sedekah jariah.
      2) Ilmu yang berguna dan diamalkan.
      3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya."